Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menerbitkan satu video animasi ringkas yang menerangkan masalah sistem kontrak yang diamalkan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di premis kerajaan.
Sistem kontrak penuh kepincangan: JPKK gesa pembaharuan untuk lebih ketelusan dan akauntabiliti
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menggesa kerajaan untuk segera memperbaiki sistem perolehan tender kontrak perkhidmatan sokongan di bangunan kerajaan, seperti perkhidmatan kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah dan hospital, demi menjaga kesejahteraan pekerja.
Diambil kerja semula selepas digantung kerja 34 hari! – Majikan tidak boleh gantung pekerja tanpa notis
Seorang pekerja pembersihan hospital berjaya menegakkan haknya apabila diambil semula untuk bekerja selepas digantung kerja selama 34 hari! Majikan tidak boleh menggantung kerja pekerja sewenang-wenangnya.
Pekerja pembersihan yang tidak divaksinasi mati kerana COVID-19: Kementerian Kesihatan harus bertanggungjawab dan ambil tindakan terhadap majikan yang sebabkan kematian pekerja
Kerajaan harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap majikan yang cuai sehingga menyebabkan kematian pekerja pembersihan kerana dijangkiti COVID-19.
Kementerian Pendidikan tarik balik keputusan potong gaji pekerja pembersihan
Pekerja-pekerja pembersihan sekolah boleh berasa lega sedikit selepas Kementerian Pendidikan Malaysia menarik balik keputusannya yang mengurangkan pembayaran gaji sebanyak 40% kepada kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK).
Pekerja pembersihan sekolah dipotong gaji 40% – Kementerian Pendidikan tidak peduli arahan Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan harus memulihkan gaji asas pekerja pembersihan sekolah supaya mereka tidak terjerumus dalam keadaan tertekan yang sememangnya mengancam kehidupan dan kesihatan mereka.
Jangan miskinkan lagi pekerja pembersihan sekolah pada ketika pandemik
Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia supaya jangan memiskinkan lagi pekerja pembersihan sekolah dengan mengurangkan gaji mereka sebanyak 40%.
50,000 pekerja pembersihan sekolah bakal terjejas dengan pengurangan gaji
PSM menyeru pada Kerajaan Malaysia supaya membatalkan dengan serta-merta keputusan untuk mengurangkan gaji pekerja kontrak di sekolah-sekolah kerajaan.
Pekerja pembersihan alami masalah tekanan jiwa kerana gangguan dan ancaman daripada syarikat Edgenta UEMS
Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu aksi protes pada 22 April 2021 di hadapan Hospital Seri Manjung, untuk menggesa Edgenta UEMS supaya menghentikan segala gangguan dan tekanan terhadap pekerja pembersihan di situ.
Pekerja pembersihan hospital gesa Menteri Kesihatan hentikan tindakan UEMS yang mangsakan pekerja
Pekerja-pekerja pembersihan hospital menggesa Menteri Kesihatan supaya mengambil tindakan segera untuk melindungi hak pekerja-pekerja barisan hadapan yang menjaga kebersihan hospital dan menghentikan pemangsaan pekerja oleh syarikat Edgenta UEMS.