Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

Seorang pekerja pembersihan yang digantung kerja selama 34 hari tanpa notis telah diambil semula untuk bekerja selepas bantahan daripada kesatuan sekerja.

Pekerja berkenaan, Letchumy a/p Suppiah, ialah seorang pekerja pembersihan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Beliau bekerja di situ sejak tahun 2016 dengan majikannya ialah Medivest Environmental Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mendapat kontrak perkhidmatan pembersihan di hospital di Negeri Sembilan.

Pada 31 Julai 2021, seorang pegawai Medivest Environmental Sdn Bhd telah memaksa Letchumy untuk memberikan surat perletakan jawatan secara sukarela, dengan alasan bahawa Letchumy telah memarahi kakitatangan syarikat dan pekerja pembersihan yang lain juga tidak menyukainya.

Oleh sebab Letchumy enggan berbuat demikian seperti yang disuruh oleh pegawai syarikat tersebut, beliau telah digantung kerja serta-merta tanpa sebarang notis.

Selepas mendapat tahu tentang masalah yang dihadapi oleh Letchumy, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan (KPSHK) telah menulis surat bantahan kepada Medivest Environmental Sdn. Bhd, berkenaan dengan tindakan pihak pengurusan syarikat yang menganiayai pekerja.

Sehubungan dengan itu, Letchumy telah dipanggil oleh pihak syarikat Medivest untuk kembali bekerja di Hospital Tampin pada 3 September 2021. Gajinya bagi tempoh penggantungan kerja selama 34 hari itu juga dibayar oleh pihak syarikat.

Menurut Akta Kerja 1955, majikan tidak boleh menggantung kerja seseorang pekerja tanpa sebarang notis dan juga tidak boleh menggantung kerja melebihi 14 hari tanpa sebab. Selalunya majikan menggantung kerja pekerja tanpa notis dan menyalahgunakan tempoh penggantungan lebih daripada 14 hari dengan niat untuk “mendenda” pekerja. Perbuatan sedemikian adalah melanggari undang-undang dan pekerja berhak untuk menuntut haknya.

Oleh kerana Letchumy berani mempertahankan haknya, beliau berjaya menghentikan tindakan yang tidak adil tersebut, dan dapat kembali bekerja. Malah, majikan juga akur dan membayar gaji untuk tempoh penggantungan kerja yang tidak sah itu. Syabas kepada pekerja yang berani menegakkan hak pekerja.

One thought on “Diambil kerja semula selepas digantung kerja 34 hari! – Majikan tidak boleh gantung pekerja tanpa notis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s