Bekas pekerja ladang dari Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak mengadakan aksi protes di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak untuk menggesa pada Kerajaan Negeri Perak supaya menyelesaikan masalah pemberian lot tanah perumahan yang tertangguh selama 12 tahun!
Kenapa Kerajaan Negeri Perak terus sabotaj usaha pekerja ladang dapatkan lot tanah bagi perumahan?
Kerajaan Perpaduan harus mengambil usaha yang serius untuk menangani masalah salah tadbir urus dalam program-program bantuan bagi golongan miskin luar bandar.
Jangan tangguhkan lagi pemberian lot tanah kepada bekas pekerja ladang untuk bina rumah – Seruan bekas pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak kepada Menteri Besar Perak
Bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menangguhkan lagi proses pemberian hak milik tanah yang diluluskannya kepada bekas pekerja dari dua buah ladang tersebut sejak tahun 2012.
“Tak mahu berpindah sekali lagi!” – Bekas pekerja Ladang Glenmarie gesa Kerajaan Negeri Selangor mulakan perbincangan pemberian hak milik kekal
Bekas pekerja Ladang Glenmarie menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya memulakan proses perbincangan mengenai pemberian hak milik kekal bagi rumah yang dihuni mereka dan mengelakkan daripada perpindahan sekali lagi.
Menteri berdolak-dalik dan tidak serius dalam selesaikan isu perumahan 5 ladang di Selangor
Jawapan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan terhadap soalan mengenai peruntukan bajet untuk pembinaan rumah bagi pekerja-pekerja di 5 buah ladang itu adalah tidak fokus dan tidak bertanggungjawab.
Gubal undang-undang untuk laksanakan skim perumahan pekerja ladang – seruan JSML kepada Kerajaan Negeri Selangor
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya menggubal satu enakmen untuk mewujudkan skim perumahan pekerja ladang di negeri itu.
Seruan pekerja Ladang Bukit Beruntung kepada Kerajaan Selangor: Perbetulkan kesilapan dahulu dan bina rumah untuk pekerja!
Para bekas pekerja Ladang Bukit Beruntung yang masih tidak mendapat rumah seperti yang dijanjikan 30 tahun dahulu menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor, dengan tuntutan supaya Kerajaan Negeri Selangor memperbetulkan kesilapannya yang dilakukan pada tahun 1992 dan mengambil tindakan konkrit dalam membela hak pekerja ladang untuk mendapatkan perumahan sendiri.
Bekas pekerja ladang di Batang Berjuntai buat aduan polis untuk halang pengusiran paksa
Bekas pekerja ladang dari 5 buah ladang yang sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa daripada pihak pemaju, membuat aduan polis beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.
Bekas pekerja 5 ladang di Selangor diancam pengusiran
Lebih 80 orang bekas pekerja ladang di 5 buah ladang di Daerah Hulu Selangor dan Daerah Kuala Selangor diancam pengusiran daripada pihak pemaju sedangkan janji untuk membina rumah alternatif bagi mereka masih belum ditunaikan lagi.
JSML bantah tindakan majikan Ladang Windsor usir pekerja secara paksa
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) membantah tindakan majikan Ladang Windsor yang melakukan pengusiran paksa melalui tindakan mahkamah terhadap tiga orang pekerja ladang yang menuntut Skim Perumahan Ladang.
