75 tahun Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat: Impian yang belum tercapai

Sejarah masyarakat selama ini telah mengajar kita bahawa usaha menegakkan hak asasi manusia merupakan satu proses yang berterusan dan harus diteruskan lagi. Visi untuk sebuah masyarakat di mana seluruh rakyat menikmati hak asasi manusia secara sama rata, masih merupakan matlamat yang relevan pada hari ini tetapi masih belum tercapai.

Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya, “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim”, dengan satu lagi amaran kepada kerajaan-kerajaan di dunia untuk mengambil tindakan serta-merta supaya mengehadkan pemanasan global dalam lingkungan 1.5oC sekiranya dunia kita hendak mengelak daripada malapetaka iklim yang lebih besar. Laporan “Perubahan Iklim 2022: Mitigasi Terhadap Perubahan Iklim” … Continue reading Laporan IPCC: Tindakan segera diperlukan sekarang untuk elak malapetaka iklim yang lebih besar

Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan

oleh Letchimi Devi Banyak keluarga dan individu dalam kalangan komuniti pelarian (pencari suaka), terutamanya mereka yang beretnik Rohingya, telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Dianggarkan lebih daripada 50 keluarga di kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Selangor menghadapi masalah ini atas dua sebab utama, iaitu: (i) tidak mampu membayar sewa rumah selama 3-4 … Continue reading Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan

Garis kemiskinan Malaysia tidak cerminkan realiti, kata pakar PBB

Dakwaan Kerajaan Malaysia bahawa negara kita mencatat kadar kemiskinan negara yang terendah di dunia, telah dipertikai oleh Philip Alston selaku Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia. Pakar hak asasi manusia PBB tersebut menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia menetapkan pendapatan garis kemiskinan yang terlalu rendah yang tidak mencerminkan kos sara … Continue reading Garis kemiskinan Malaysia tidak cerminkan realiti, kata pakar PBB

ILO 100 tahun: Pembela pekerja atau barua kapitalis?

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyambut ulangtahun ke-100 penubuhannya pada tahun ini. ILO merupakan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab untuk menetapkan standard perburuhan antarabangsa. ILO boleh dikatakan sebagai institusi global yang paling tua pada masa kini. ILO sekarang ini mempunyai sebanyak 187 negara anggota. 186 daripada 193 negara anggota PBB dan Kepulauan Cook … Continue reading ILO 100 tahun: Pembela pekerja atau barua kapitalis?

22 Mac – Hari Air Sedunia

22 Mac setiap tahun ialah Hari Air Sedunia. Hari ini disambut sebagai usaha menggalakkan pengurusan yang mampan terhadap sumber air tawar. Pada tahun 1992, Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) ataupun dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, telah mencadangkan untuk mendedikasikan satu hari di peringkat antarabangsa bagi meraikan … Continue reading 22 Mac – Hari Air Sedunia

Isu ICERD: Buang ketakutan itu dulu! Dasar berasaskan kelas amat diperlukan!

oleh Dr. Nasir Hashim Semenjak beberapa minggu kebelakangan ini, telah menjadi satu isu yang hangat dibincangkan sama ada Malaysia Baru perlu menandatangani dan meratifikasi satu Konsensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), iaitu Konvensyen Antarabangsa untuk Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD). Di kedua-dua pihak, iaitu mereka yang percaya bahawa menandatanganinya adalah satu langkah ke hadapan dan mereka yang … Continue reading Isu ICERD: Buang ketakutan itu dulu! Dasar berasaskan kelas amat diperlukan!

Tibanya masa untuk “cakap biar serupa bikin ” – iktiraf pelarian sekarang juga

Mengulas tentang ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 28 September 2018, Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) , walaupun menyambut baik dan mengucapkan tahniah pada ucapan Mahathir yang membawa pendirian jelas kepada pentas dunia (seperti kritikan terhadap kegagalan kuasa Barat membendung … Continue reading Tibanya masa untuk “cakap biar serupa bikin ” – iktiraf pelarian sekarang juga