PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang melanjutkan lesen operasi Lynas di Malaysia. PSM berpegang kukuh pada pendiriannya sejak setengah dekad lalu bahawa operasi kilang Lynas harus ditamatkan kerana risiko kesihatan dan alam sekitar. Membenarkan Lynas untuk terus beroperasi di Malaysia merupakan sebuah pengkhianatan kepada rakyat dan alam sekitar. … Continue reading PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman

oleh Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) sangat kecewa dan bimbang kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri sedang menimbulkan ketegangan antara kaum. Rakyat mengundi PH dengan harapan bahawa PH akan membina sebuah masyarakat yang lebih adil dan harmoni. Majoriti rakyat Malaysia ialah orang yang sangat bertoleransi dan kebanyakan rakyat dari berbagai kaum ingin mewujudkan persefahaman … Continue reading Pakatan Harapan perlu henti dari mencetuskan isu perkauman

PAS ialah “Kingmaker”

oleh S. Arutchelvan  Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang anehnya dikeluarkan di bawah kapasitinya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 29 Julai 2019, bahawa beliau menyokong pendirian Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk Mahathir dibenarkan menghabiskan tempoh penuhnya sebagai Perdana Menteri, menyakinkan saya bahawa Parti PAS ialah penentu atau Kingmaker politik masa kini. Mengapa … Continue reading PAS ialah “Kingmaker”

Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit

oleh Arveent Srirangan Kathirtchelvan Pemuda PSM amat bimbang tentang kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap sebuah sekolah antarabangsa atas sebab menyebar “propaganda anti-minyak sawit”. Kami ingin menegur pada Kerajaan Malaysia yang melakukan intimidasi ini dan melihatnya sebagai taktik untuk mengalih perhatian warga Malaysia daripada langkah-langkah membetulkan impak negatif perladangan kelapa sawit. … Continue reading Hentikan intimidasi terhadap pengkritik minyak sawit

Keliru dalam dilema?

oleh S. Arutchelvan Saya mengetahui tentang perkataan liwat kerana ia dipopularkan oleh Mahathir. Saya juga mengenali perkataan dilema kerana ia juga dipopularkan oleh Mahathir dalam tulisan awalnya yang kontroversi – Dilema Melayu. Hari ini saya dalam serba dilema tentang posisi apa yang patut diambil dalam isu video seks terkini Haziq-Azmin? Patutkah saya tidak berkata apa-apa … Continue reading Keliru dalam dilema?

Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

Setahun yang lalu, pada 9 Mei 2018, Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan dan sejarah baru tercipta untuk tanahair kita, apabila berlakunya perubahan rejim yang pertama di peringkat Persekutuan selepas lebih 6 dekad. UMNO-Barisan Nasional menerima kekalahan yang paling teruknya dalam sejarah pilihanraya dan kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, di samping kecundang di negeri-negeri seperti Kedah, … Continue reading Setahun selepas perubahan rejim: cabaran untuk rakyat

PH kalah 3 kali berturut-turut dalam PRK

Pakatan Harapan (PH) kalah 3 kali berturut-turut dalam pilihanraya kecil (PRK) baru-baru ini, setelah gagal merampas kerusi DUN Rantau daripada Barisan Nasional (BN). Ini memberi satu amaran lagi kepada PH bahawa sokongan terhadapnya semakin merosot adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Calon BN, Mohamad Hasan, yang merupakan Pemangku Presiden UMNO dan juga pernah menjadi Menteri … Continue reading PH kalah 3 kali berturut-turut dalam PRK

PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor

Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih yang berlangsung pada 2 Mac 2019, menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas semula satu kerusi DUN Selangor daripada Pakatan Harapan (BN). BN sekarang ini menguasai 5 kerusi dalam DUN Selangor bersama dengan PAS yang ada 1 kerusi, sementara PH masih memegang 50 kerusi. Ini merupakan satu amaran kepada Kerajaan … Continue reading PRK Semenyih: PH hilang satu kerusi kepada BN di DUN Selangor

PSM boleh menerajui ‘Kuasa Progresif Ketiga’ dalam PRK Semenyih

oleh Kua Kia Soong Pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah memilih untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana Manifesto PRU-14 mereka telah berjanji untuk melaksanakan reformasi secara meluas, menyebabkan mereka kelihatan amat berbeza daripada pemerintahan yang dialami di bawah BN. Selepas masa berlalu, PH seperti telah menjadi BN 2.0, terutamanya apabila ahli parlimem UMNO memasuki … Continue reading PSM boleh menerajui ‘Kuasa Progresif Ketiga’ dalam PRK Semenyih

ICERD dan politik perkauman: Malaysia baru, ancaman lama

Isu ICERD menjadikan isu yang paling hangat dibincangkan baru-baru ini apabila timbulnya tentangan hebat daripada golongan berhaluan kanan terhadap hasrat Kerajaan Malaysia untuk menandatangani konvensyen hak asasi manusia antarabangsa tersebut. Sentimen perkauman telah diapi-apikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka memobilisasi untuk menentang ICERD. Dalam suasana yang semakin tegang akibat daripada politik … Continue reading ICERD dan politik perkauman: Malaysia baru, ancaman lama