20190216085217__MG_1377-01-01oleh Kua Kia Soong

Pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah memilih untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana Manifesto PRU-14 mereka telah berjanji untuk melaksanakan reformasi secara meluas, menyebabkan mereka kelihatan amat berbeza daripada pemerintahan yang dialami di bawah BN. Selepas masa berlalu, PH seperti telah menjadi BN 2.0, terutamanya apabila ahli parlimem UMNO memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Adakah ini pembaharuan yang kita undi dalam PRU-14? PH sudi untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, semasa pemerintahannya 22 tahun, yang bertanggungjawab menswastakan hampir semua industri Malaysia dan memusnahkan demokrasi kita. Lebih serius lagi, PH telah mendorong PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Tiada komitmen terhadap manifesto PRU-14

Lebih mengecewakan lagi adalah komitmen lemah terhadap pelaksanaan beberapa janji manifesto mereka. Kita telah melihat kerajaan sela-menyela terhadap janji mereka untuk memansuhkan institusi dan undang-undang yang toksik seperti Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) dan undang-undang penahanan tanpa bicara yang lain dalam negara ini. Malah, janji mereka tidak berfokus terhadap pembaharuan yang paling mendesak dan menyeluruh yang telah lama dihujahkan oleh masyarat sivil sebagai keutamaan tertinggi. Lebih-lebih lagi, kita telah mula melihat dasar dan proses pembuatan keputusan yang autokratik, seperti semasa dalam era Mahathir 1.0.

Walaupun manifesto PH melarang Perdana Menteri daripada memegang portfolio Kewangan, Dr. Mahathir Mohamad dalam 100 hari pertamanya telah mengambilalih syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pilihannya, seperti Khazanah, PNB dan Petronas, di bawah kuasa Pejabat Perdana Menteri. Ini merupakan pengembalian kepada autokrasi Mahathir yang lama. Adakah Kabinet Menteri dibawa berunding untuk menubuhkan Proton 2, menswastakan Khazanah, Malaysia Incorporated dan menghidupkan semula litar F1 yang gagal? Perlantikan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dalam lembaga Khazanah Nasional Berhad juga bertentangan dengan janji manifesto PH untuk mengharamkan ahli politik daripada pelaburan awam, kerana ini akan menyebabkan kebertanggungjawaban yang lemah. Hanya dengan ahli lembaga profesional dan kewujudan sistem semak dan imbang yang kukuh dapat kita memastikan tahap ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi.

PH telah menjadi BN 2.0

Sekarang, kerajaan PH baharu tidak menunjukkan perbezaan ketara dalam dasar ekonomi mereka daripada rejim BN yang lama. Selepas kegagalan Proton 1.0 yang menyebabkan kos yang tinggi terhadap pembayar cukai Malaysia, sistem pengangkutan awam dan pengguna Malaysia, memang susah untuk mempercayai bahawa projek yang gagal ini akan disokong oleh pemimpin-pemimpin PH yang sebelum ini ialah pengkritik terhadap projek Proton pertama. Satu lagi projek kereta kebangsaan akan tentulah gagal dengan kerugian selanjutnya terhadap kerajaan dan kita sebagai rakyat akan menanggung kerugiannya.

Kerajaan PH yang baharu telah berjanji untuk menghapuskan kleptokrasi. Janji itu merupakan satu kunci kepada kemenangan mereka dalam PRU-14. Mereka telah mengecewakan rakyat Malaysia, terutamanya orang Sarawak yang dapat melihat kekayaan negeri mereka dihisap sepenuhnya oleh ketamakan kleptokrat di situ. Kerajaan PH belum lagi memaksakan mantan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengisytihar semua hartanya dan juga isteri dan keluarganya. Dengan melepaskan sekutu lamanya di Sarawak, Taib Mahmud, yang dikatakan sebagai orang terkaya di Malaysia, Perdana Menteri telah menjalankan kempennya terhadap bekas PM Najib Razak seperti dendam peribadi.

Penggunaan alasan hutang kerajaan untuk melambatkan pilihanraya kerajaan tempatan yang telah digantung di negara kita sejak tahun 1965 memang tidak boleh diterima. Ini merupakan satu perkara yang mudah dilakukan dengan memansuhkan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan memulihkan semula Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan untuk memperkenalkan pilihan raya tempatan. Jika pendapatan per kapita kita pada tahun 1957 hanya US $800 dan kita mampu menjalankan pilihan raya majlis tempatan, janganlah kata bahawa kita  tidak mampu menjalankan pilihan raya tempatan apabila pendapatan per kapita kita kini AS$ 10,000.

Ia juga tidak masuk akal untuk memberitahu pada graduan Sekolah Menengah Persendirian Cina bahawa sijil UEC mereka hanya boleh diiktiraf dalam masa lima tahun. Ini adalah pelanggaran serius terhadap manifesto PH PRU-14 kerana lebih daripada 80 peratus pengundi Cina mengundi PH berdasarkan janji ini.

Ramai peguam telah membawa perhatian bahawa pemansuhan atau kajian semula undang-undang kita yang melanggar hak asasi manusia boleh dilakukan dengan cepat dalam tempoh 100 hari pertama kerajaan PH yang baharu. Ini termasuk pemansuhan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) 2015. Kegagalan in satu tanda pengunduran yang tidak beretika terhadap manifesto PH PRU-14.

Tiba masanya untuk membina Kuasa Progresif Ketiga untuk 99%

Setelah melalui “Sistem Dua Barisan”, kita mendapati autokrat yang sama cuba untuk melaksanakan dasar yang sama yang diperkenalkan pada tahun 1981. Tambahan lagi, PH telah berjaya memaksakan PAS untuk mendekati UMNO, terutamanya selepas PRU-14. Sudah tiba masanya untuk semua orang yang mengharapkanpembaharuan sebenar di Malaysia untuk membina ‘Kuasa Progresif Ketiga’ untuk masa depan yang benar-benar adil, demokratik dan mampan yang gagal disampaikan oleh BN dan PH.

Oleh itulah, dalam PRK di Semenyih, PSM boleh menerajui ‘Kuasa Progresif Ketiga’ yang telah lama diperlukan untuk menawarkan pilihan yang bersifat bukan-perkauman, progresif dan mampan yang berbeza daripada BN 1.0 dan BN 2.0 untuk generasi masa depan rakyat Malaysia:

Menghapuskan perkauman dan diskriminasi perkauman di Malaysia – Mungkin sebab yang paling kuat untuk keluar daripada Sistem Dua Barisan, adalah hakikatnya kedua-dua BN dan PH didominasi parti-parti politik berasaskan kaum untuk mendapatkan undi dan populariti. Komponen baru PH adalah PPBM berdasarkan kaum semata-mata yang menganggap dirinya sebagai pejuang ‘sebenar’ untuk ‘Agenda Bumiputera’ berbanding dengan UMNO. Akibatnya, tiada satu pun parti politik dalam kedua-dua pakatan sekalipun itu menimbulkan persoalan bilakah Dasar Ekonomi Baru yang bersifat mendiskriminasi kaum yang dijadualkan berakhir pada tahun 1990 akan berakhir. Perikatan Progresif memanggil untuk dasar berasaskan keperluan dan bukan dasar berasaskan kaum. Akta Kesaksamaan akan menjadikan dasar diskriminasi perkauman sesuatu yang kuno dan kesaksamaan akan menjadi bahagian intrinsik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Alternatif Progresif yang kita cuba untuk membina akan mengambil kira hak asasi manusia dengan serius dan menghormati hak-hak semua warganegara Malaysia tanpa mengira etnik, kepercayaan agama, jantina ataupun seksualiti supaya kita boleh maju sebagai sebuah negara.

Pengagihan semula kekayaan untuk 99% – Kedua-dua BN dan PH bersaing untuk menunjukkan pakatan mana yang boleh mengalahkan yang lain untuk melaksanakan dasar paling neo-liberal yang menawarkan pelabur peluang menarik yang mereka tidak boleh tolak, melaksanakan projek ‘pembangunan’ yang melibatkan pemusnahan hutan, menuntut semula tanah dan mengambilalih aset-aset awam lain. Kita tidak melihat pakatan-pakatan ini mengemukakan dasar yang baik untuk mengagih semula kekayaan di negara ini. Adakah mereka mencadangkan dasar fiskal progresif untuk mengenakan cukai terhadap golongan 1% teratas yang memiliki lebih banyak kekayaan daripada 40% terbawah dan 40% pertengahan di negara kita, seperti kadar cukai marginal atas pendapatan mereka, cukai keuntungan modal, pewarisan dan kemewahan yang lebih tinggi? Kekayaan 50 rakyat Malaysia yang terkaya (teratas 0.00017%) berjumlah hampir RM300 bilion merupakan satu perempat daripada jumlah keseluruhan KDNK negara bernilai RM1 trilion!

Perumahan awam, kesihatan, pengangkutan dan pendidikan dengan harga berpatutan – Satu alternatif yang adil, demokratik dan progresif memberikan upah dan hak untuk semua pekerja; pencen yang munasabah semasa bersara untuk semua; perumahan awam dengan harga berpatutan dan selesa didiami; kesihatan dan pengangkutan awam yang berpatutan dan cekap; pendidikan tinggi percuma (menjalankan uji upaya untuk orang kaya), dan lain-lain. Kita hendak menuntut semula aset awam daripada penswastaan, menghentikan apa-apa penswastaan aset awam, memiliknegarakan kemudahan awam seperti air dan tenaga, dan mendemokrasikan GLC; membahagikan lebih banyak pendapatan daripada sumber minyak dan gas kepada negeri pengeluar minyak dan gas dan memastikan pengeluaran minyak dan gas dan rekod pelaburan Petronas adalah telus dan bertanggungjawab kepada parlimen dan orang ramai.

Percubaan PH untuk menyelesaikan isu-isu perumahan dan kesihatan selalu melibatkan syarikat-syarikat swasta kroni yang biasa mengambil bahagian dengan rancangan ini seperti yang telah berlaku bawah BN. Namun, masalah perumahan dan kesihatan kita perlu diselesaikan melalui penglibatan sektor awam.

Oleh itulah, dengan kerajaan PH yang kian menjadi versi BN 2.0, hanya dengan membina Kuasa Progresif Ketiga, kita boleh membawa negara kita ke arah masa depan yang lebih cerah berdasarkan kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

**********

Kua Kia Soong ialah Penasihat kepada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *