Projek perlombongan lantanid di Ulu Jelai mengancam alam sekitar dan kehidupan Orang Asli

Masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, sedang menghadapi ancaman daripada rancangan perlombongan Lantanid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Projek perlombongan ini sekarang berada dalam proses menyediakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Konsesi untuk perlombongan lantanid di Ulu Jelai telah diberikan kepada 3 buah syarikat dengan jumlah keluasan tanah mencecah 660 hektar.

Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR

Saleha binti Abdullah, seorang penduduk yang tinggal di Cameron Highlands selama 41 tahun, tidak mampu memiliki rumah kediaman di situ kerana harga rumah yang tinggi, dan hanya boleh membeli rumah PPR. Kaneswary yang tinggal di Cameron Highlands selama 12 tahun juga berkata bahawa dia hanya mampu mendapatkan rumah PPR sewa-beli. Inilah suara hati ramai penduduk … Continue reading Penduduk Cameron Highlands tuntut pembinaan rumah PPR

Jangan lulus kajian perlombongan yang memusnahkan kehidupan Orang Asli – Jawatankuasa OA Pos Lanai membalas kenyataan JAKOA

Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat OA Pos Lanai menyerahkan memorandum bantahan kepada JAKOA pada 7 September 2020. (foto oleh Azneal Ishak / Malaysiakini) oleh Jeffry bin Hassan 1. Kami ingin mengucapkan terima kasih untuk surat balas yang pantas daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Prof Dr Juli Edo, bertarikh 8 September 2020. … Continue reading Jangan lulus kajian perlombongan yang memusnahkan kehidupan Orang Asli – Jawatankuasa OA Pos Lanai membalas kenyataan JAKOA

Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai

KUALA LUMPUR - 7 SEPTEMBER 2020: Wakil masyarakat Orang Asli di Pos Lanai, Pahang, bersama dengan aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Kuala Lumpur pada hari ini. Wakil daripada perkampungan Orang Asli Pos … Continue reading Bantah rancangan perlombongan lantanid di perkampungan OA Pos Lanai

Kilang besi masih beroperasi & langgar syarat Perintah Kawalan Pergerakan

oleh S. Tinagaran Sejak tiga hari yang lalu, kami di Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerima beberapa aduan daripada pihak pekerja di syarikat Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Pahang. Syarikat ini mengeluarkan besi dan keluli. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kebenaran kepada syarikat ini untuk beroperasi walaupun ia bukan perkhidmatan penting yang disenaraikan di bawah Perintah Kawalan … Continue reading Kilang besi masih beroperasi & langgar syarat Perintah Kawalan Pergerakan

Rakyat kata TIDAK pada Lynas

Lebih kurang 500 orang berhimpun di Taman Gelora, Kuantan, Pahang, pada 18 Ogos 2019 untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Kerajaan Malaysia yang melanjutkan lesen operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, berdekatan dengan Kuantan. Para peserta aksi perhimpunan membawa plakad dan sepanduk yang tertulis tuntutan rakyat yang menggesa Kerajaan untuk menghentikan operasi Lynas. Satu … Continue reading Rakyat kata TIDAK pada Lynas

PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang melanjutkan lesen operasi Lynas di Malaysia. PSM berpegang kukuh pada pendiriannya sejak setengah dekad lalu bahawa operasi kilang Lynas harus ditamatkan kerana risiko kesihatan dan alam sekitar. Membenarkan Lynas untuk terus beroperasi di Malaysia merupakan sebuah pengkhianatan kepada rakyat dan alam sekitar. … Continue reading PSM kecam tindakan kerajaan PH lanjutkan lesen operasi Lynas

Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Kerajaan Pakatan Harapan tidak patut membiarkan syarikat Lynas menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah’ dengan membenarkan penyimpanan bahan-bahan buangan radioaktif dan kimia yang dikeluarkannya di Malaysia. Begitu seruan Sharan Raj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM, dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 11 Ogos 2019. Kerajaan Australia telah menggunakan Konvensyen … Continue reading Jangan biar Lynas jadikan Malaysia tong sampahnya

Salam Aidilfitri 2019

SALAM IDULFITRI DARI PARTI SOSIALIS MALAYSIA NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid dan Khairul Nizam bin Abdul Ghani Hanya beberapa jam saja lagi, umat Islam akan selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun ini, dan insyaAllah, Hari Raya Idul Fitri akan disambut sebagai kemenangan setelah sebulan berlapar dan … Continue reading Salam Aidilfitri 2019