20200329 - kilang besi

oleh S. Tinagaran

Sejak tiga hari yang lalu, kami di Parti Sosialis Malaysia (PSM) menerima beberapa aduan daripada pihak pekerja di syarikat Alliance Steel (M) Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Pahang. Syarikat ini mengeluarkan besi dan keluli. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kebenaran kepada syarikat ini untuk beroperasi walaupun ia bukan perkhidmatan penting yang disenaraikan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Lebih 1,000 orang pekerja bekerja di syarikat ini, terdiri daripada pekerja tempatan dan pekerja migran dari negara China. Kilang membawa masuk lagi pekerja dari Bangladesh baru-baru ini.

Setelah mendapat kelulusan MITI, syarikat ini tidak mengurangkan kapasiti operasi atau bilangan pekerja yang bekerja kepada 50%, malah memaksa semua pekerja untuk hadir kerja. Sekumpulan pekerja telah membuat aduan polis mengenai perkara ini di Balai Polis berdekatan dan keadaan masih berterusan. Pekerja juga mengatakan bahawa syarikat tidak membekalkan penutup muka dan bahan pencuci tangan (sanitizer), di samping tidak mengamalkan “penjarakan sosial” (social distancing) di dalam kilang tersebut.

Pekerja yang membuat aduan polis telah memutuskan untuk tinggal di rumah, tetapi pekerja yang lain masih pergi kerja dengan ketakutan. Lebih 100 aduan polis telah dibuat oleh pekerja. Tetapi tiada perubahan dalam operasi di kilang. Majikan mendakwa bahawa pekerja yang memilih untuk tidak hadir kerja, maka tidak akan dibayar gaji. Kami di PSM telah membuat aduan di talian hotline Kementerian Sumber Manusia (KSM), dan kami mendapat maklumbalas “aduan telah direkodkan”, tetapi masih tiada tindakan diambil.

Persoalaannya di sini adalah, mengapa sebuah syarikat seperti ini boleh beroperasi secara terbuka walaupun ia bukan industri penting. Adakah begitu penting pengeluaran besi berbanding dengan keselamatan pekerja?

Kami menggesa MITI supaya menarik balik kebenaran beroperasi yang diberikan kepada syarikat Alliance Steel (M) Sdn Bhd, kerana ia telah melanggar syarat untuk kilang beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Kementerian Sumber Manusia harus memberi amaran kepada majikan supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri untuk membayar gaji penuh kepada semua pekerja.

========== 

S. Tinagaranialah aktivis Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM).

One thought on “Kilang besi masih beroperasi & langgar syarat Perintah Kawalan Pergerakan

  1. Selamat sejahtera, adakah kami bercuti tanpa gaji? Kami ada tanggungjawab dan sebagainya. Apakah nasib yang menimpa kami? Slogan in malaysia for malaysia tetapi tidak untuk malaysia. Kedaulatan undang undang malaysia telah dicemari. Tolong la kami, kamu mohon dan merayu

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s