Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita

15 Mac 2019 menandakan hari yang bersejarah dalam perjuangan rakyat sedunia untuk menegakkan keadilan iklim dan menyelamatkan bumi kita daripada kemusnahan. Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk menyertai aksi mogok pelajar yang menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya bertindak segera dalam menangani krisis iklim sedunia. Lebih … Continue reading Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita

Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia

Dijangkakan puluhan ribu aktivis muda yang memperjuangkan isu perubahan iklim di sekurang-kurangnya 71 buah negara akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk mengambil bahagian dalam aksi mogok pelajar yang bakal dianggap sebagai salah satu protes alam sekitar yang terbesar di dunia. Aksi protes antarabangsa melalui mogok pelajar untuk menuntut tindakan segera dalam menangani krisis … Continue reading Anak muda akan “ponteng sekolah” pada 15 Mac untuk tuntut tindakan segera tangani krisis iklim sedunia

Amerika Syarikat: Lebih 30,000 guru di Los Angeles mogok menentang penswastaan dan kekurangan dana

Guru-guru dari sekolah-sekolah awam di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, telah bermogok untuk kali pertamanya dalam tempoh masa 3 dekad, iaitu sejak tahun 1989. Pada 14 Januari 2019, lebih 30,000 orang guru di Los Angeles mengambil bahagian mogok besar-besaran dan berarak di jalanan. Mereka yang bermogok menuntut peningkatan gaji, saiz kelas yang lebih kecil, regulasi … Continue reading Amerika Syarikat: Lebih 30,000 guru di Los Angeles mogok menentang penswastaan dan kekurangan dana

Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel

Hampir 130,000 orang ahli Kesatuan Pekerja Logam Korea (KMWU) di 109 buah tempat kerja di Korea Selatan telah menyertai mogok nasional yang dianjurkan oleh Konfederasi Kesatuan Sekerja Korea (Korean Confederation of Trade Unions, KCTU) pada 21 November 2018. Menurut KCTU, seramai 160,000 orang pekerja telah mengambil bahagian dalam aksi mogok yang membantah tindakan kerajaan memperluaskan … Continue reading Korea Selatan: Pekerja mogok untuk lawan perluasan sistem masa kerja fleksibel