190115-los-angeles-teachers-strike-se-604p_04d1fa282fb25774d97720cb15e52ad8.fit-1240w.jpg

Guru-guru dari sekolah-sekolah awam di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, telah bermogok untuk kali pertamanya dalam tempoh masa 3 dekad, iaitu sejak tahun 1989.

Pada 14 Januari 2019, lebih 30,000 orang guru di Los Angeles mengambil bahagian mogok besar-besaran dan berarak di jalanan. Mereka yang bermogok menuntut peningkatan gaji, saiz kelas yang lebih kecil, regulasi terhadap sekolah piagam (charter school, sejenis sekolah semi-autonomi yang dibiayai dana awam), kurangkan ujian, serta penambahan bilangan jururawat, kanselor dan pustakawan di sekolah awam.

Puluhan ribu guru dan penyokong pendidikan awam telah berhimpun di pusat bandar Los Angeles, dan berarak dari Dewan Bandaraya Los Angeles ke ibupejabat Daerah Sekolah Bersatu Los Angeles (LAUSD). Guru-guru dari setiap sekolah awam, iaitu lebih 900 buah sekolah kesemuanya, menyertai aksi mogok ini. Daerah Sekolah Bersatu Los Angeles merupakan daerah sekolah yang kedua besar di Amerika Syarikat.

gettyimages-1083167002

Mogok guru di Los Angeles merupakan susulan kepada gelombang mogok guru di Amerika Syarikat pada tahun lepas, untuk menuntut kenaikan gaji dan lebih dana kepada sekolah di Virginia Barat, Kentucky, Oklahoma dan Arizona. Gelombang mogok guru pada tahun lepas menyaksikan pertembungan antara kesatuan guru dengan kerajaan negeri yang dikuasai oleh Parti Republikan, sementera mogok guru di Los Angeles terbaru ini berlaku di negeri yang dikuasai Parti Demokratik.

Aksi mogok guru ini bukan sahaja memperjuangkan kenaikan gaji untuk guru, tetapi juga merupakan perjuangan penting untuk masa depan pendidikan awam di Amerika Syarikat. Pengurangan untuk dana kepada pendidikan awam dan pelaburan dalam penswastaan pendidikan telah membawa impak kepada pelajar dan keluarga dari komuniti kelas pekerja. Mogok guru di Los Angeles merupakan perjuangan yang penting untuk mempertahankan sistem pendidikan awam daripada penghakisan penswastaan.

los-angeles-teachers-strike-1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *