Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. … Continue reading Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi

India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

250 juta orang hampir bersamaan dengan 8 kali ganda jumlah penduduk di Malaysia. Pada 8 Januari 2020, jumlah orang sebesar 8 Malaysia bermogok di India. India menyaksikan aksi mogok yang terbesar dalam dua dekad kebelakangan ini pada 8 Januari 2020 dengan penyertaan lebih kurang 250 juta orang, untuk menyatakan bantahan kelas pekerja terhadap dasar Kerajaan … Continue reading India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Perancis: Pekerja mogok untuk lawan “pembaharuan” pencen

Walaupun momentum gerakan Jaket Kuning (Gilets jaunes) sudah merosot pada ketika ia menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan lalu, tetapi negara Perancis sekarang dilanda pula dengan gelombang aksi mogok pekerja yang terbesar sejak tahun 2010. Pekerja-pekerja Perancis yang marah pada rancangan kerajaan Presiden Emmanuel Macron untuk melaksanakan “pembaharuan” terhadap pencen yang bakal menghakis perlindungan hari tua mereka, … Continue reading Perancis: Pekerja mogok untuk lawan “pembaharuan” pencen

Mogok “rider” foodpanda: Manifestasi kemelut pekerja ekonomi gig

Ramai penghantar makanan (rider) syarikat penghantaran makanan atas talian Foodpanda yang bekerja di luar Lembah Klang telah mengadakan mogok selama 3 hari dari 30 September hingga 2 Oktober 2019, untuk membantah skim pembayaran baru yang menghapuskan bayaran tetap RM4 sejam kepada mereka. Mogok ini telah mendapat perhatian ramai termasuk pihak kerajaan. Kabinet telah mendengar isu … Continue reading Mogok “rider” foodpanda: Manifestasi kemelut pekerja ekonomi gig

Pekerja foodpanda mogok untuk jaminan pendapatan

Pekerja-pekerja Foodpanda, sebuah syarikat penghantar makanan atas talian, akan mengadakan mogok, untuk membantah pengenalan skim pembayaran baru yang bakal menjejaskan jaminan pendapatan mereka. Menurut laporan media, mogok ini akan diadakan oleh penghantar makanan (rider) Foodpanda di luar Lembah Klang untuk selama 3 hari mulai 30 September 2019. Dilaporkan mogok penghantar makanan Foodpanda telah dirancang di … Continue reading Pekerja foodpanda mogok untuk jaminan pendapatan

“Kami tidak akan bersubahat!”: Pekerja pelabuhan Itali mogok untuk halang penghantaran senjata ke Arab Saudi

oleh Hadri A Rahman Pada 20 Mei 2019, pekerja dari kesatuan pekerja Konfederasi Umum Buruh Itali (CGIL), dengan kerjasama parti politik “Kuasa Kepada Rakyat” (Potere al Popolo, PaP) dan kumpulan anti-fasis dan pasifis di pelabuhan Genoa telah melancarkan mogok membantah keputusan pihak berkuasa Itali yang memberi kebenaran kepada sebuah kapal kargo Arab Saudi, Bahri Yanbu, … Continue reading “Kami tidak akan bersubahat!”: Pekerja pelabuhan Itali mogok untuk halang penghantaran senjata ke Arab Saudi

Mogok Umum Winnipeg 1919

100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919

Hari Pekerja Sedunia 1 Mei: Bukan sekadar hari cuti umum

(Rencana khas Hari Pekerja Sedunia 2019) 1 Mei setiap tahun ialah Hari Pekerja Antarabangsa. Di negara kita, Hari Pekerja merupakan hari kelepasan am ataupun cuti umum untuk semua pekerja. Namun, sambutan Hari Pekerja ini bukannya semata-mata satu hari untuk cuti umum ataupun sekadar “menghargai” sumbangan dan pengorbanan pekerja kepada pembangunan negara, malah Hari Pekerja merupakan … Continue reading Hari Pekerja Sedunia 1 Mei: Bukan sekadar hari cuti umum