Kenapa pihak kerajaan begitu ghairah membantu pemaju hartanah untuk mengusir petani-petani kecil yang mengeluarkan makanan pada ketika negara kita sedang berdepan dengan ancaman krisis makanan? Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh petani-petani di kawasan Changkat Kinding, Hulu Kinta, yang sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa.
Petani Chemor minta kekalkan tanah pertanian
“Harga makanan akan melambung tinggi dalam beberapa bulan akan datang ini. Ini bukan masanya untuk menghancurkan kawasan-kawasan pengeluaran makanan di negara kita,” kata Dr. Jeyakumar Devaraj.
Kerajaan Perak digesa beri perlindungan yang lebih terjamin untuk petani kecil
Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil di Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya meminda peraturan tanah di negeri tersebut untuk melindungi rezeki petani-petani kecil dan memastikan jaminan makanan bagi masyarakat umum.
Petani Chemor minta hentikan pengusiran paksa
IPOH, PERAK: Petani-petani dari dua kawasan di Chemor, Perak, telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 17 Jun 2020, untuk meminta pada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu supaya menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka. Petani-petani tersebut datang dari Kampung Bali Kuala Kuang dan Kampung Baru Tanah Hitam. Bilangan petani … Continue reading Petani Chemor minta hentikan pengusiran paksa
MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil
Jawatankuasa Petani Kecil Chemor bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 21 Oktober 2019, untuk membawa kepada perhatian Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tentang masalah yang dihadapi oleh petani-petani kecil yang belum ditangani. Petani-petani kecil yang terlibat datang dari 3 kawasan, iaitu dua kumpulan dari Tanah … Continue reading MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil
Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM
Oleh sebab pihak polis enggan membantu masyarakat Orang Asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak, untuk memulangkan wang "sumbangan" daripada syarikat pembalakan yang bersifat sogokan, maka Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah menyerahkan wang tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)! Susulan daripada aduan polis yang dibuat pada 20 Ogos 2019 di Ibupejabat Polis Ipoh, … Continue reading Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM
Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?
Berikutan penyerahan memorandum oleh 7 orang petani dari Tanah Hitam kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada 25 Julai 2019, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata bahawa masalah berkenaan sudah lama diselesaikan kerajaan sebelum pengumuman pemberian tanah kepada pemain pasukan bola sepak negeri Perak (menurut laporan Sinar Harian Online – 28 Julai 2019). Dalam satu … Continue reading Mana tanah gantian untuk petani jika isu dah selesai?
Kenapa perlu rampas tanah dari petani kecil untuk dihadiahkan kepada pasukan bola sepak?
IPOH, PERAK: Petani-petani kecil dari Tanah Hitam yang sedang bercucuk tanam di kawasan Ulu Chemor, Mukim Hulu Kinta, Perak, sedang menghadapi ancaman pengusiran daripada Kerajaan Negeri Perak. Mereka telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada 25 Julai 2019 untuk memohon perjumpaan dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan penyelesaian kepada … Continue reading Kenapa perlu rampas tanah dari petani kecil untuk dihadiahkan kepada pasukan bola sepak?
Kerajaan Perak perlu selesaikan masalah perumahan penduduk sebelum membangunkan kawasan Kampung DBI dan Kampung DBI
IPOH, PERAK: Penduduk-penduduk dari Kampung DBI dan Kampung KTM di Ipoh menyerah satu surat kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 30 Mei 2019 untuk meminta satu temujanji dengan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan masalah perumahan yang dihadapi mereka dan mencari satu penyelesaian yang adil. Mohanarani Rasiah, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis … Continue reading Kerajaan Perak perlu selesaikan masalah perumahan penduduk sebelum membangunkan kawasan Kampung DBI dan Kampung DBI