20200618 - 104336185_2620153954867862_8121235788902637885_n (2)

IPOH, PERAK: Petani-petani dari dua kawasan di Chemor, Perak, telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 17 Jun 2020, untuk meminta pada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu supaya menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka.

Petani-petani tersebut datang dari Kampung Bali Kuala Kuang dan Kampung Baru Tanah Hitam. Bilangan petani yang terlibat ialah 3 orang dan 14 orang masing-masing untuk dua kawasan tersebut. Petani-petani di Tanah Hitam telah menerima notis baru-baru ini yang memaksa mereka untuk keluar dari tanah yang sedang diusahakan mereka sekarang ini dalam tempoh masa 30 hari. Mereka telah meminta campurtangan pihak Menteri Besar Perak supaya menyelesaikan masalah pengusiran paksa ini.

Memorandum tersebut diterima oleh Asad Safwan Mazlan selaku Pegawai Eksekutif Pejabat Menteri Besar Perak. Turut hadir bersama dengan para petani semasa penyerahan memorandum ialah Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Petani-petani yang menghadapi ancaman pengusiran ini menyeru pada Menteri Besar Perak supaya mencampurtangan segera untuk mengambil tindakan berikut:

  • Melakukan siasatan tentangbagaimana tanah yang diusahakan oleh petani kecil ini boleh diberi hak milik kepada syarikat yang datang dari luar kawasan walaupun petani kecil tersebut pernah memohon untuk geran untuk anah berkenaan;
  • Menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil semuladua bidang tanah yang berkenaan, dan mengeluarkan pajakan selama 20 tahun kepada petani-petani yang sedia ada. Pihak Kerajaan Negeri Perak boleh mengenakan syarat bahawa tanah tersebut mesti diusahakan untuk mengeluarkan bahan makanan bagi negara;
  • Mewujudkan peraturan-peraturan yang sewajar disemua Pejabat Tanah di Perak supaya hasrat Menteri Besar untuk memberi perlindungan kepada petani kecil dapat ditunaikan.

One thought on “Petani Chemor minta hentikan pengusiran paksa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *