JSML menyeru kepada Kerajaan Negeri Perak supaya menggubal satu enakmen baharu untuk melaksanakan skim perumahan bagi semua pekerja ladang.
Isu pengusiran petani Kanthan: Membalas kenyataan MB Perak
Surat terbuka kepada Menteri Besar Perak oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, bagi pihak petani-petani Kanthan-Tambun, Perak.
Jangan musnahkan kawasan penternakan yang ada 900 ekor lembu
Sekumpulan pekebun dan penternak dari kawasan Batang Padang meminta pada Menteri Besar Perak supaya mencampur tangan dalam isu pengusiran yang sedang dihadapi mereka.
Bekas pekerja ladang duduk bantah gesa Kerajaan Negeri Perak tunaikan janji beri lot tanah perumahan
Bekas pekerja ladang dari Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak mengadakan aksi protes di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak untuk menggesa pada Kerajaan Negeri Perak supaya menyelesaikan masalah pemberian lot tanah perumahan yang tertangguh selama 12 tahun!
Jangan tangguhkan lagi pemberian lot tanah kepada bekas pekerja ladang untuk bina rumah – Seruan bekas pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak kepada Menteri Besar Perak
Bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menangguhkan lagi proses pemberian hak milik tanah yang diluluskannya kepada bekas pekerja dari dua buah ladang tersebut sejak tahun 2012.
Pejabat Tanah salah guna kuasa bantu pemaju hartanah usir petani kecil di Changkat Kinding
Kenapa pihak kerajaan begitu ghairah membantu pemaju hartanah untuk mengusir petani-petani kecil yang mengeluarkan makanan pada ketika negara kita sedang berdepan dengan ancaman krisis makanan? Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh petani-petani di kawasan Changkat Kinding, Hulu Kinta, yang sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa.
Petani Chemor minta kekalkan tanah pertanian
“Harga makanan akan melambung tinggi dalam beberapa bulan akan datang ini. Ini bukan masanya untuk menghancurkan kawasan-kawasan pengeluaran makanan di negara kita,” kata Dr. Jeyakumar Devaraj.
Kerajaan Perak digesa beri perlindungan yang lebih terjamin untuk petani kecil
Petani-petani kecil dan penternak-penternak kecil di Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya meminda peraturan tanah di negeri tersebut untuk melindungi rezeki petani-petani kecil dan memastikan jaminan makanan bagi masyarakat umum.
Petani Chemor minta hentikan pengusiran paksa
IPOH, PERAK: Petani-petani dari dua kawasan di Chemor, Perak, telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak pada 17 Jun 2020, untuk meminta pada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu supaya menyelesaikan masalah pengusiran paksa yang sedang dihadapi mereka. Petani-petani tersebut datang dari Kampung Bali Kuala Kuang dan Kampung Baru Tanah Hitam. Bilangan petani … Continue reading Petani Chemor minta hentikan pengusiran paksa
MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil
Jawatankuasa Petani Kecil Chemor bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah menyerahkan satu memorandum kepada Kerajaan Negeri Perak pada 21 Oktober 2019, untuk membawa kepada perhatian Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tentang masalah yang dihadapi oleh petani-petani kecil yang belum ditangani. Petani-petani kecil yang terlibat datang dari 3 kawasan, iaitu dua kumpulan dari Tanah … Continue reading MB Perak perlu ambil serius tentang masalah pengusiran petani kecil