(Siri "Tolak Politik Elit, Bina Kuasa Ketiga" - 3) oleh S. Arutchelvan Sertai PSM hari ini! Apa itu isu “real” (sebenar) dan apa itu isu sensasi? Isu mana yang mendapat liputan meluas dalam media arus perdana? Adakah parti-parti politik di negara kita memperjuangkan isu “real” atau isu “popular”? Mengapa cerita hantu lebih menarik daripada cerita kepupusan hutan? … Continue reading Perjuangkan isu “real” atau isu sensasi?
Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!
KUALA LUMPUR - 8 MAC 2020: Ketika negara kita sedang dilanda krisis politik yang disebabkan oleh perebutan kuasa antara golongan elit politik, ekonomi yang semakin merudum, krisis iklim yang semakin serius dan ancaman penularan wabak berjangkit COVID-19 terhadap kesihatan awam, wanita turun ke jalanan untuk mengetengahkan isu rakyat yang tidak diendahkan golongan elit politik-ekonomi yang … Continue reading Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!
Bagaimana tumbangnya Pakatan Harapan? – Satu analisis tentang pergolakan politik di Malaysia 2020
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Peristiwa yang berlaku sejak sepuluh hari lalu pastinya membingungkan ramai rakyat Malaysia. Persepakatan politik terbentuk dan terlerai hanya dalam beberapa jam diiringi kenyataan yang saling bercanggahan dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Namun, ianya semakin jelas jika kita menelusuri niat dan kepentingan beberapa pihak utama – Mahathir, Azmin, Anwar dan Muhyiddin. Berikut ini adalah … Continue reading Bagaimana tumbangnya Pakatan Harapan? – Satu analisis tentang pergolakan politik di Malaysia 2020
Tolak Politik Elit, Bina Kuasa Ketiga
(Siri "Tolak Politik Elit, Bina Kuasa Ketiga" - 1) oleh S. Arutchelvan Sertai PSM hari ini! Isi borang keahlian atas talian di sini! Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada 2 Mac 2020 untuk membincangkan kemelut dan krisis politik tanahair baru-baru ini. Berdasarkan pemerhatian PSM, terdapat 2 blok politik aliran … Continue reading Tolak Politik Elit, Bina Kuasa Ketiga
Peralihan kuasa yang sah dan adil diperlukan
oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikuti dengan teliti pengumuman DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Dengan pengumunan ini, tugas Perdana Menteri Interim sudahpun berakhir kerana calon untuk menggantikan Perdana Menteri sudah dinamakan. Namun, atas semangat demokrasi yang terbuka dan telus, PSM amat mengharapkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dapat mengumumkan jumlah sokongan Ahli Parlimen yang diperolehi oleh Tan Sri Muhyiddin … Continue reading Peralihan kuasa yang sah dan adil diperlukan
Mahathir sudah hilang majoriti untuk tubuh Kerajaan Perpaduan
oleh S. Arutchelvan Nampaknya ada satu masalah utama dengan tugasan dan skop Perdana Menteri Interim. Saya difahamkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim untuk membolehkan beliau menjadi “kerajaan penjaga” (caretaker government) sementara Yang Di-Pertuan Agong mencari seorang pengganti kepada Jawatan Perdana Menteri yang dikosongkan oleh Tun Mahathir. Kita sedia maklum bahawa, Tun Mahathir telah meletak jawatan … Continue reading Mahathir sudah hilang majoriti untuk tubuh Kerajaan Perpaduan
Perhimpunan Hotel Sheraton – Jom kita rampas kuasa!
oleh S. Arutchelvan Ketika rakyat menanti dengan gelisah, ketika kakitangan hospital bertungkus lumus untuk berperang dengan COVID-19, ketika wartawan berlari ke sana ke sini mencari berita, dan masa inilah, adanya segelintir ahli politik merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan cara putar belit, fitnah dan manipulasi. Mereka datang dengan kereta mewah, mereka bincang di hotel mewah, membicarakan … Continue reading Perhimpunan Hotel Sheraton – Jom kita rampas kuasa!
Tolak kerajaan pintu belakang – Mandat baru melalui pilihanraya umum
oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersimpati dengan perasaan yang sedang dialami ramai rakyat Malaysia yang mengharapkan fajar baru selepas Kerajaan BN ditumbangkan oleh undi popular melalui peti undi pada bulan Mei 2018. Hari ini, penyangak yang telah kalah dalam pilihanraya umum lepas bersama dengan sesetengah parti daripada Pakatan Harapan (PH) sedang bekerjasama untuk … Continue reading Tolak kerajaan pintu belakang – Mandat baru melalui pilihanraya umum
Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam
Wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), telah menjadi tumpuan dunia hampir dua bulan kebelakangan ini, dan membunyikan loceng amaran kepada kesihatan rakyat sedunia. Wabak yang bermula dari bandaraya Wuhan di negara China pada bulan Disember 2019 ini, telah merebak ke seluruh negara China dan juga sudah lebih 30 buah negara atau wilayah di peringkat dunia. Pertubuhan … Continue reading Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam
Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik
Wabak Koronavirus Baru 2019-nCoV, atau juga dikenali sebagai Wabak Koronavirus Wuhan kerana ia paling awal ditemui di bandaraya Wuhan di China, sedang merebak bukan sahaja di bandaraya Wuhan dan Wilayah Hubei di China, tetapi di banyak tempat di dalam dan di luar negara China. Setakat 28 Januari 2020, dilaporkan seramai lebih 4600 orang telah disahkan … Continue reading Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik
