oleh S. Arutchelvan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersimpati dengan perasaan yang sedang dialami ramai rakyat Malaysia yang mengharapkan fajar baru selepas Kerajaan BN ditumbangkan oleh undi popular melalui peti undi pada bulan Mei 2018. Hari ini, penyangak yang telah kalah dalam pilihanraya umum lepas bersama dengan sesetengah parti daripada Pakatan Harapan (PH) sedang bekerjasama untuk membentuk sebuah Kerajaan Pintu Belakang untuk merampas pencapaian dan harapan untuk pembaharuan yang diperoleh 20 bulan yang lalu.

Motivasi yang terbesar untuk Kerajaan pintu belakang ini nampaknya adalah persoalan untuk berkuasa. Pendekatan dari atas yang elitis ini perlu dikecam dan mereka yang merancang untuk perubahan ini perlu ditolak serta di buang ke dalam tong sampah sejarah. Mereka telah mengatur perubahan bukannya sama ada melalui peti undi ataupun jalanan. Mereka hanya bertemu di hotel yang mewah dan persekitaran elitis untuk melakukan pencaturan.

PSM mengecam tindakan semua pemain yang terlibat dalam komplot ini. Kami telah secara konsistennya dari awal lagi sejak Deklarasi Rakyat telah menyoal tentang penglibatan Tun Mahathir walaupun ramai pemimpin masyarakat sivil telah terpengaruh untuk mengambil jalan pintas dalam usaha membawa perubahan. Hari ini, pendirian kami telah terbukti sahih.

Kami telah banyak kali menyeru pada Kerajaan PH untuk menganggap rakyat sebagai sekutu politik mereka dan membina gerakan rakyat untuk melindungi ruang demokrasi. Namun, malangnya PH hanya sekadar mahu menggantikan BN untuk berkuasa, meneruskan dasar kapitalis yang neoliberal, dan tidak begitu bersedia untuk menunaikan janji pilihanraya mereka sendiri. Sebaliknya, PH terus terjebak dalam politik berasaskan kaum yang diwarisi daripada BN. Malah, dengan ini mereka mematikan semangat Reformasi yang wujud pada tahun 1998. Kemungkinan besar rakyat tidak akan keluar beramai-ramai kali ini untuk menyokong Anwar, Kit Siang ataupun Mat Sabu.

PSM menolak politik pintu belakang dan menyeru untuk mandat baru melalui peti undi supaya rakyat boleh memilih semula, dan lebih-lebih lagi sekarang rakyat sudah dapat melihat wajah sebenar wakil-wakil rakyat mereka ketika ini. PSM juga menyeru untuk pembentukan sebuah gabungan parti politik baru yang berasaskan politik berprinsip, berintegriti dan rekod kerja yang menyakinkan untuk melawan politik kronisme, korupsi dan elitisme.

==========

S. Arutchelvanialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

2 thoughts on “Tolak kerajaan pintu belakang – Mandat baru melalui pilihanraya umum

  1. Tetapi perlu kah pilihan raya baru masa ini sebelum process cari dan melantik kerajaan baru dengan perdana menteri baru sedang menjalan.

    Jika ikut princip, OK! pilihan raya baru, tetapi UMNO dan Pas juga mahu pilihan raya baru, saya agak kerana beliau pechaya beliau boleh menang.

    Pada masa ini, nampak nya Anwar Ibrahim ada peluang baik untuk jadi PM key 8, sebagai yand di harapi oleh pengundi di pilihan raya ke 14.

    jadi dalam situasi begini, dasar apa yang patut kita ikuti?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s