Apabila karbon bertemu dengan kapitalisme

Karbon itu ialah kewujudan yang semula jadi, tetapi apabila ia bertemu dengan kapitalisme yang merupakan sistem ekonomi buatan manusia yang berfungsi berlandaskan logik pengumpulan modal secara berterusan, ia mendatangkan krisis kepupusan kepada spesies manusia sendiri! Kita hanya dapat mengatasi krisis yang timbul daripada kapitalisme itu dengan melangkaui kerangka kapitalisme.

Merah dan Hijau

Pencinta alam sekitar tidak dapat menyelamatkan Bumi ini dengan diri sendiri. Mereka memerlukan kerjasama orang lain, terutamanya kelas pekerja yang majoriti. Sekiranya perjuangan kelas pekerja hanya menuntut kenaikan gaji dan jaminan pekerjaan secara umum tetapi tidak memahami malapetaka yang disebabkan oleh pencemaran dan pemanasan global, maka visi perjuangan sebegini akan terlalu cetek.   

Pengawal kem tahanan hari ini, pelarian iklim hari esok

Siri Pemanasan Global (3) oleh Brian Khow Sebuah pulau yang terpencil di tengah-tengah Lautan Pasifik Selatan boleh dijadikan contoh untuk keganasan yang disebabkan oleh pemanasan global. Marilah kita mendalami kisah benar mengenai pulau ini yang merupakan mangsa kapitalisme global. Pada tahun 1970-an dan 1980-an, negara pulau yang dikenali sebagai Republik Nauru, yang hanya mempunyai keluasan … Continue reading Pengawal kem tahanan hari ini, pelarian iklim hari esok

Dunia pemanasan yang penuh keganasan

Siri Pemanasan Global (2) oleh Brian Khow Kita sedang berada dalam sejenis budaya yang tidak mempedulikan kehidupan masyarakat bawahan yang susah dan membiarkan umat manusia ditenggelamkan di bawah ombak atau mereput dalam pusat tahanan. Budaya sebegini juga membiarkan kampung halaman masyarakat bawahan dimusnahkan dalam ombak atau layu dalam keadaan panas terik. Inilah dunia bertamadun yang … Continue reading Dunia pemanasan yang penuh keganasan

Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia

28 buah organisasi menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani krisis banjir, termasuk menghentikan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Seruan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) pada 20 Januari 2021. Memorandum ini bertepatan masa dengan krisis banjir baru-baru ini yang melanda kawasan-kawasan di negeri … Continue reading Hentikan pembalakan tidak terkawal untuk tangani krisis banjir di Semenanjung Malaysia

Sejarah pemanasan global

Siri Pemanasan Global (1) (foto oleh KT Miller / Polar Bears International) oleh Brian Khow Pada 23 Jun 1988, James Hansen, Pengarah Institut Pengajian Angkasa Lepas Goddard (Goddard Institute for Space Studies) di bawah NASA, memberi keterangan dalam sidang Kongres Amerika Syarikat dengan menyatakan bahawa dia “99% percaya bahawa terdapat suatu insiden pemanasan” yang berhubungkaitan … Continue reading Sejarah pemanasan global

Kajian iklim menunjukkan peningkatan suhu bumi yang luar biasa

Keberkalaan yang wujud dalam alam semula jadi, bukan sahaja terhad pada kitaran siang-malam atau kitaran musim, tetapi juga keadaan iklim planet Bumi. Dalam jutaan tahun yang lalu, planet Bumi telah melalui perubahan berkala dalam keadaan iklimnya. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal akademik Science, ahli-ahli sains telah melaporkan bagaimana iklim Bumi telah berubah dalam … Continue reading Kajian iklim menunjukkan peningkatan suhu bumi yang luar biasa