Edgenta UEMS mungkir janji dan terus mangsakan ahli kesatuan pekerja

Niat syarikat Edgenta UEMS Sdn Bhd untuk menghancurkan kesatuan pekerja dengan taktik kotor dan keji nampaknya tidak pernah dibatalkan. Edgenta UEMS, anak syarikat kepada UEM Edgenta, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), telah mengambilalih kontrak pembersihan 22 buah hospital di negeri Perak dan Pulau Pinang daripada syarikat NS Medik mulai 1 Januari 2020. Namun, Edgenta UEMS … Continue reading Edgenta UEMS mungkir janji dan terus mangsakan ahli kesatuan pekerja

Pekerja pembersihan hospital bantah pemangsaan kesatuan

2 DISEMBER 2019 - PUTRAJAYA: Pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan berprotes di hadapan Kementerian Kesihatan pada hari ini, untuk membantah pemangsaan kesatuan oleh syarikat pemenang konsesi perkhidmatan sokongan di hospital awam. Pekerja-pekerja yang berprotes ini ialah ahli kepada Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), dari 22 buah hospital kerajaan di … Continue reading Pekerja pembersihan hospital bantah pemangsaan kesatuan

Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja

oleh S. Arutchelvan Baru-baru ini, kita dapat dengar pertukaran pandangan daripada Menteri Sumber Manusia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang dibentangkan dalam Parlimen. Dalam senario yang tidak pernah wujud, kedua-dua Kesatuan Pekerja dan Persekutuan Majikan nampaknya bersetuju dalam bantahan terhadap pembaharuan yang diperkenalkan dalam pindaan undang-undang tersebut. Kami … Continue reading Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan – MTUC, Menteri dan kelas pekerja

Tibanya masa laksana pembaharuan undang-undang yang jamin hak berkesatuan untuk pekerja – PSM sambut baik cadangan pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967

oleh M. Sivaranjani Pada 22 Ogos 2019, satu sesi taklimat telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Selangor untuk membentangkan cadangan pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik cadangan pindaan tersebut kerana pindaan-pindaan ini akan membantu pekerja dalam menubuhkan … Continue reading Tibanya masa laksana pembaharuan undang-undang yang jamin hak berkesatuan untuk pekerja – PSM sambut baik cadangan pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan

IPOH, PERAK - 17 MEI 2019: Pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan mengadakan satu aksi protes di hadapan pejabat Edgenta Mediserve di Ipoh pada hari ini, untuk membantah terhadap penganiayaan ahli kesatuan oleh pihak majikan. Laungan slogan "Hidup kesatuan!",  "Hidup Pekerja!', "Henti! Henti! Henti Ugutan!",  "Jangan! Jangan buli pekerja!" kedengaran di hadapan bangunan KWSP di mana terletaknya pejabat … Continue reading Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan

Mogok Umum Winnipeg 1919

100 tahun dahulu, bermula pada 15 Mei 1919, puluhan ribu pekerja di bandar Winnipeg telah menghentikan kerja mereka untuk melancarkan salah satu aksi mogok yang terbesar dalam sejarah Kanada dan Amerika Utara. Selama 6 minggu dari pertengahan bulan Mei hingga penghujung bulan Jun 1919, Winnipeg menjadi tumpuan dan pusat kebangkitan kelas pekerja yang menggegarkan kelas … Continue reading Mogok Umum Winnipeg 1919

Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah

(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 4 Mei 1949, S. A. Ganapathy, seorang pemimpin gerakan pekerja yang unggul pada masa itu, telah dihukum mati oleh penjajah British. Ketika S. A. Ganapathy dihukum mati, beliau hanya berusia 32 tahun. S. A. Ganapathy lahir di Tamil Nadu, India, pada tahun 1917. Beliau datang ke Singapura … Continue reading Memperingati S.A. Ganapathy – pejuang pekerja yang ditakuti penjajah

Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya

(Hari ini dalam sejarah) 70 tahun dahulu, pada 3 Mei 1949, P. Veerasenan, seorang tokoh gerakan pekerja yang hebat pada masa itu, telah ditembak mati oleh penjajah British di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau dikatakan baru berusia 22 tahun ketika terkorban dalam tangan penjajah. P. Veerasenan bergiat aktif sebagai penggerak kesatuan sekerja di Malaya pada pertengahan … Continue reading Memperingati P. Veerasenan – wira gerakan pekerja Malaya

Hari Peringatan Pekerja: Berkabung untuk yang mati, berjuang untuk yang hidup

28 April setiap tahun ialah Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa, ataupun juga dikenali sebagai Hari Peringatan Antarabangsa untuk Yang Mati dan Yang Cedera. Hari ini didedikasikan untuk memperingati pekerja-pekerja yang mati, cedera, hilang upaya ataupun jatuh sakit kerana kerja mereka. Setiap tahun, orang yang mati di tempat kerja lebih ramai berbanding mereka yang mati dalam peperangan. … Continue reading Hari Peringatan Pekerja: Berkabung untuk yang mati, berjuang untuk yang hidup