20190517_131514.jpg

IPOH, PERAK – 17 MEI 2019: Pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan mengadakan satu aksi protes di hadapan pejabat Edgenta Mediserve di Ipoh pada hari ini, untuk membantah terhadap penganiayaan ahli kesatuan oleh pihak majikan.

Laungan slogan “Hidup kesatuan!”,  “Hidup Pekerja!’, “Henti! Henti! Henti Ugutan!”,  “Jangan! Jangan buli pekerja!” kedengaran di hadapan bangunan KWSP di mana terletaknya pejabat Edgenta Mediserve, dengan pekerja-pekerja menyatakan ketidapuasan hati mengenai penindasan terhadap kesatuan (union busting) yang masih berlarutan untuk Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia, walaupun aduan telah dibuat kepada majikan Edgenta Mediserve.

Antara masalah yang dihadapi ahli kesatuan seperti penukaran kerja dari penjaga stor kepada pencuci tandas awam, penukaran lokasi tempat kerja, pengubahan waktu makan dan sebagainya dengan niat untuk menyusahkan pekerja yang aktif dalam kesatuan.

2 sesi rundingan telah diadakan untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi penganiayaan ini tetap berterusan dan terdapat ahli kesatuan yang masih dimangsakan.

Selepas ahli-ahli kesatuan mengadakan protes, 5 orang wakil kesatuan telah dipanggil untuk berunding di Pejabat Edgenta bersama wakil-wakil majikan Edgenta. Satu penyelesaian telah diambil di mana majikan NS Medik dan majikan Edgenta akan mengambil tindakan terhadap aduan yang telah dibuat oleh kesatuan sekerja dengan kadar segera. Satu rundingan akan diadakan dengan Edgenta Mediserve Kuala Lumpur selepas Hari Raya susulan dengan rundingan hari ini.

Turut hadir dalam aksi hari ini bersama dengan pekerja-pekerja ialah M. Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM) dan V. Selvam (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM).

20190517_134240.jpg

Pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan di negeri bahagian utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) diupah oleh NS Medik yang mendapat kontrak daripada syarikat Edgenta Mediserve. Edgenta Mediserve pula merupakan syarikat yang memegang konsesi untuk perkhidmatan sokongan di 33 buah hospital di bahagian utara Pantai Barat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *