Pemuda Sosialis mengecam tindakan yang tidak berprofesional pihak polis dalam menyiasat individu-individu yang berkomited untuk berbakti kepada masyarakat.
Solidariti bersama doktor kontrak
Pemuda Sosialis bersolidariti bersama doktor-doktor kontrak yang menyokong kempen Code Black dan menggesa polis untuk menghentikan intimidasi terhadap mereka.
Laksanakan skim subsidi sewa rumah dengan segera
PSM menggesa supaya skim Subsidi Sewa ini dilaksanakan secepat mungkin kerana ratusan keluarga di seluruh negara sedang diancam oleh pengusiran dari rumah yang didiami mereka.
Tindakan segera harus diambil untuk elakkan keruntuhan sistem kesihatan di Lembah Klang
Forum Kesihatan Rakyat menyeru kepada Kerajaan supaya mengambil langkah-langkah segera untuk mengelakkan keruntuhan perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang, memandangkan wad jagaan rapi untuk pesakit-pesakit COVID-19 telah mencecah kapasiti maksimumnya.
Pekerja pembersihan sekolah dipotong gaji 40% – Kementerian Pendidikan tidak peduli arahan Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan harus memulihkan gaji asas pekerja pembersihan sekolah supaya mereka tidak terjerumus dalam keadaan tertekan yang sememangnya mengancam kehidupan dan kesihatan mereka.
Laksanakan moratorium kekal terhadap perlombongan dan pembalakan di hutan primer
Perlombongan dan pembalakan memberikan keuntungan lumayan kepada kapitalis tetapi mendatangkan pencemaran air, udara dan tanah kepada Orang Asli, petani dan rakyat Malaysia.
Tolak pencerobohan autonomi mahasiswa melalui lantikan politik
Pemuda Sosialis menuntut agar kesemua lantikan-lantikan politik PN ke dalam institusi pengajian tinggi awam di Malaysia untuk ditarik balik jawatan serta-merta.
Fokus pada pemulihan ekonomi, bukan pemulihan LGBT!
Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara harus fokus pada isu pemulihan ekonomi untuk membantu rakyat yang susah, bukannya menimbulkan kebencian dan keganasan terhadap golongan minoriti yang mana telah pun berada dalam keadaan yang bahaya.
Adakah kilang Infineon (Melaka) mengingkari arahan KKM?
Pemberian kelulusan beroperasi ketika “Lockdown Penuh” kepada Infineon boleh menggagalkan usaha membendung penularan COVID-19.
Planet mendahului keuntungan – Hanya satu Bumi
Menghentikan barbarisme kapitalis merupakan tugas utama zaman kita. Kita perlu menamatkan dominasi modal terhadap kehidupan demi mewujudkan sebuah dunia yang adil, egalitarian dan bersemangat, agar kita semua dapat hidup dengan baik dan aman.
