oleh Chong Yee Shan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam cadangan Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Datuk Razali Idris, pada 12 Jun 2021 untuk mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Cadangan tersebut adalah merujuk kepada dua orang usahawan Mak Nyah (Transwomen) yang melakukan jenaka seks (sex joke) dan dandanan seksual terhadap remaja di bawah umur. Dua orang usahawan tersebut telahpun berada di bawah siasatan polis. 

PSM tidak bersetuju dengan segala dandanan seksual terhadap sesiapa yang di bawah umur. Namun begitu, cadangan Datuk Razali Idris yang cuba menggunakan kesalahan daripada segelintir orang dan mempolitikkan isu tersebut, telah melanggar Pekara 5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan, di mana termaktubnya bahawa semua orang berhak dan dijamin hidup dengan aman dan dilayan samarata tanpa diskriminasi, serta dijamin hak untuk mengekspresikan pendapat, termasuk cara pembawaan diri.

Selain itu, PSM juga mengecam cadangan pusat pemulihan khas (conversion therapy) untuk gologan LGBT. Pemulihan terhadap golongan LGBT telah diharamkan oleh banyak negara. World Psychiatric Association (WPA) juga berkata bahawa tiada bukti kukuh untuk menyatakan kejayaan pemulihan terhadap golongan LGBT.

Tambahan pula, dalam satu kajian yang telah dilakukan, 940 orang yang pernah menghadiri program pemulihan terhadap golongan LGBT, sebanyak 98% orang berasa diri mereka menderita.  Dalam satu temuramah yang dijalankan di negara lain terhadap orang yang pernah menjalani proses pemulihan, kebanyakan mereka berkata bahawa semasa dan selepas program pemulihan, ada kesan-kesan yang buruk seperti cubaan membunuh diri, kemurungan, kegelisahan dan lain-lain lagi.

Cadangan ini adalah amat bahaya sebab ia menimbulkan kebencian dan keganasan terhadap golongan minoriti yang mana telah pun berada dalam keadaan yang bahaya.

Datuk Razali Idris sebagai Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, harus fokus pada isu-isu yang paling kritikal di Malaysia sekarang, seperti pemulihan ekonomi untuk membantu rakyat yang hilang kerja, program prihatin terhadap orang miskin yang tiada perlindungan dan bantuan, golongan-golongan terpinggir yang masih ada masalah menerima vaksin dan sebagainya, bukannya memesong kerja Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara.

Wakil-wakil rakyat dan Ahli-ahli Dewan Negara harus menghadiri program-program dan dialog bersama komuniti LGBT untuk memahami isu-isu mereka. Komuniti LGBT memerlukan hak saksama dan bukannya pemulihan.

==========

Chong Yee Shan ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Biro Gender PSM.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s