oleh Muazz Ishak

Pemuda Sosialis mengecam sekeras-kerasnya akan penyalahgunaan kuasa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menyusup anggota berjawatan parti-parti koalisi mereka secara lantikan politik ke dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Sekurang-kurangnya 15 orang ahli politik PN telah dilantik jawatan-jawatan dalam Lembaga Pengarah Universiti di Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Perkara ini adalah salah satu punca berlaku ketidakadilan kepada mahasiswa-mahasiswi negara ini yang mengalami bukan sahaja pengalaman pendidikan yang tidak berkualiti, namun juga kekurangan dari segi kebajikan dan kemudahan untuk pelajar.

Di universiti, pendemokrasian struktur mahasiswa di kampus, kebebasan mahasiswa dari pengaruh lanskap politik Malaysia yang kotor dan jijik, serta usaha menaikkan mahasiswa sebagai sebuah kumpulan berautonomi yang berilmiah, intelektual dan aktif berkhidmat kepada masyarakat adalah perkara yang amat penting untuk kita, termasuklah bidang politik. Politik dan pendidikan adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan untuk kita maju sebagai masyarakat bersama. Di Malaysia, kita mempunyai ramai pelajar serta graduan yang mempunyai latar belakang Pendidikan Politik dari universiti-universiti awam dan swasta dan sebilangan daripada mereka juga telah melibatkan diri dalam politik nasional negara ini. Apa yang tidak benarnya di lensa rukun autonomi mahasiswa sendiri adalah keterlibatan golongan pemerintah dalam badan-badan institusi yang jelasnya menghasilkan korupsi melalui lantikan politik.

Taktik kotor lama dari zaman Barisan Nasional (BN) kini diulangi semula pada zaman kerajaan PN. Dana awam tetap yang disalurkan oleh kerajaan kepada institusi-institusi awam tidak boleh diambil oleh badan parti, tetapi perkara tersebut akan mudah berlaku apabila jawatan tinggi dalam institusi berada dalam genggaman pemerintah. Gaji-gaji Lembaga Pengarah Universiti yang tinggi mendadak berserta lantikan politik ini juga menunjukkan unsur nepotisme dan pengaliran wang yang eksesif bukan ke arah kebaikan mahasiswa. Para mahasiswa sudah tahu betapa teruknya sistem sedia ada setiap universiti awam kita baik dari segi kekurangan kemudahan, kemunduran teknologi komunikasi malah kebajikan yang minimum disediakan oleh institusi kepada pelajar adalah perkara yang tidak patut diterima dan harus ditentang nyata.

Pemuda Sosialis menuntut agar kesemua lantikan-lantikan politik PN ke dalam institusi pengajian tinggi awam di Malaysia untuk ditarik balik jawatan serta-merta. Pengabaian tuntutan ini oleh kerajaan sendiri juga menunjukkan betapa hipokrit dan korupnya kerajaan dengan undang-undang saka Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang mereka ciptakan sendiri, iaitu menghalang para pelajar berpolitik dan berautonomi secara penuh namun pemerintah bebas menyusupkan individu parti dan mengindoktrinasikan institusi dengan ideologi-ideologi politik kotor mereka. Tuntutan ini juga seiring dengan jelas dengan tuntutan umum Pemuda Sosialis bagi isu mahasiswa, iaitu pemansuhan penuh AUKU serta pendemokrasian universiti dari badan-badan politik luar. Perjuangan kami dan perjuangan mahasiswa tidak akan padam selagi masih wujud entiti-entiti yang menekankan kebebasan dan kemerdekaan mahasiswa.

==========

Muazz Ishak ialah Penyelaras Biro Mahasiswa Pemuda Sosialis PSM.

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s