Kerajaan harus kaji semula ratifikasi CPTPP yang jejaskan petani

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyampaikan kerisauan rakyat tentang penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada perhatian Kabinet dan mengkaji semula keputusan ratifikasi CPTPP yang boleh menjejaskan keterjaminan makanan di negara kita.

38 organisasi gesa kerajaan ambil tindakan hadapi krisis makanan

Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan organisasi-organisasi masyarakat yang bimbang tentang kesan peperangan di Ukraine terhadap bekalan dan kos makanan di Malaysia, mengunjungi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan kepada Kerajaan Malaysia untuk menangani krisis makanan yang bakal mengancam rakyat Malaysia.

Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (6 April 2021) untuk menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tumbuhan yang boleh meningkatkan harga benih dan memiskinkan petani. Berikut ialah kenyataan penuh FKMM: Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti … Continue reading Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih

Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS

oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak melanjutkan monopoli konsesi BERNAS yang akan menyebabkan pesawah, pengilang kecil dan rakyat terus merana demi keuntungan BERNAS. Pada ketika ini, pemborong tempatan mengenal pasti dan merunding harga daripada penjual Vietnam dan Thailand, tetapi perlu mengimport ke Malaysia melalui BERNAS. Kadar … Continue reading Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS