enternak-penternak lembu mengadakan protes di hadapan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan pihak syarikat Sime Darby yang melarang mereka daripada menjalani aktiviti penternakan di kawasan ladang.
Situasi pekebun sayur di Hulu Kinta
Memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memberi penerangan mengenai situasi petani-petani kecil yang mengeluarkan makanan di kawasan Hulu Kinta, Perak.
Kerajaan harus kaji semula ratifikasi CPTPP yang jejaskan petani
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyampaikan kerisauan rakyat tentang penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada perhatian Kabinet dan mengkaji semula keputusan ratifikasi CPTPP yang boleh menjejaskan keterjaminan makanan di negara kita.
Jangan kacau pengeluar makanan pada ketika krisis makanan
Jika tiadanya pengeluar makanan seperti petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka semua orang tiada makanan!
Bertindak segera untuk selamatkan pengeluar makanan tempatan
Memorandum daripada Jaringan Pengeluar Makanan yang menuntut pada kerajaan supaya melindungi rezeki para pengeluar makanan dan jaminan makanan untuk semua.
38 organisasi gesa kerajaan ambil tindakan hadapi krisis makanan
Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan organisasi-organisasi masyarakat yang bimbang tentang kesan peperangan di Ukraine terhadap bekalan dan kos makanan di Malaysia, mengunjungi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan kepada Kerajaan Malaysia untuk menangani krisis makanan yang bakal mengancam rakyat Malaysia.
Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini (6 April 2021) untuk menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tumbuhan yang boleh meningkatkan harga benih dan memiskinkan petani. Berikut ialah kenyataan penuh FKMM: Forum Kedaulatan Makanan Malaysia khuatir kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kualiti … Continue reading Hak petani diancam oleh cadangan perlesenan kegiatan pemprosesan benih
Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS
oleh Sharan Raj Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak melanjutkan monopoli konsesi BERNAS yang akan menyebabkan pesawah, pengilang kecil dan rakyat terus merana demi keuntungan BERNAS. Pada ketika ini, pemborong tempatan mengenal pasti dan merunding harga daripada penjual Vietnam dan Thailand, tetapi perlu mengimport ke Malaysia melalui BERNAS. Kadar … Continue reading Jangan lanjutkan konsesi monopoli BERNAS
Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil
Petani-petani dan penternak-penternak di Semenanjung Malaysia telah mengemukakan tuntutan bersama kepada Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengendalikan krisis wabak COVID-19, dengan seruan supaya pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk melindungi rezeki mereka dan memastikan jaminan makanan untuk semua rakyat. Dalam memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri pada 23 April 2020, … Continue reading Kekalkan jaminan makanan rakyat, hentikan pengusiran terhadap petani dan penternak kecil
Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?
Nazri bin Ahmad, seorang pemimpin nelayan Pulau Pinang yang lantang bersuara membantah projek penambakan laut yang menjejaskan rezeki para nelayan, telah dimangsakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan digugurkan keahliannya daripada Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Nazri yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, telah memperjuangkan nasib para nelayan yang bakal … Continue reading Adakah pemimpin nelayan Pulau Pinang dimangsakan kerana bantah penambakan laut?