Imbas kembali 2020: Perjuangan rakyat dan PSM

Ketika kita sampai ke penghujung tahun 2020 yang telah dihantui sepenuhnya oleh pandemik COVID-19 dan menyambut tahun baru 2021, marilah kita imbas kembali sepintas lalu beberapa babak perjuangan rakyat di Malaysia dan juga aktiviti yang penting untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) sepanjang satu tahun yang lalu ini. 1. Kesatuan pekerja pembersihan hospital lawan penindasan Kesatuan … Continue reading Imbas kembali 2020: Perjuangan rakyat dan PSM

JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan

PUTRAJAYA – 18 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kewangan pada hari ini, dengan tuntutan menghapuskan sistem kontrak di premis kerajaan supaya mengembalikan jaminan kerja kepada pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis kerajaan. Antara mereka yang hadir semasa penyerahan memorandum … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kewangan hapuskan sistem kontrak untuk jimat dana kerajaan

Kecuaian Top Glove sebabkan kematian seorang pengawal keselamatan

Kenyataan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) 1. Jaringan Pekerja Kontrak Kerjaan (JPKK) mengucapkan takziah kepada keluarga Yam Narayan Chaudhary. JPKK mengecam kecuaian syarikat Top Glove Berhad dalam melindungi pekerja dan menyebabkan kematian Yam Narayan Chaudhary. 2. Yam Narayan Chaudary merupakan pengawal keselamatan warga Nepal yang bekerja di kilang Top Glove di Meru, Klang, Selangor. … Continue reading Kecuaian Top Glove sebabkan kematian seorang pengawal keselamatan

JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan

KUALA LUMPUR – 15 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mengemukakan seruan kepada semua Ahli Parlimen supaya menyokong kempen untuk menghapuskan sistem kontrak dalam perkhidmatan sokongan di premis kerajaan. Seruan ini telah disahut oleh beberapa orang Ahli Parlimen yang mengadakan satu sidang akhbar di dalam Parlimen pada hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap … Continue reading JPKK gesa Ahli Parlimen bela nasib pekerja kontrak kerajaan

JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner

PUTRAJAYA – 3 DISEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini untuk menggesa pihak Kementerian supaya mengiktiraf perkhidmatan sokongan hospital (seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) sebagai sebahagian daripada barisan hadapan (frontliner) supaya mereka tidak dinafikan faedah yang diberikan kepada golongan frontliner, menyerapkan semua pekerja perkhidmatan sokongan … Continue reading JPKK gesa Kementerian Kesihatan iktiraf pekerja perkhidmatan sokongan hospital sebagai frontliner

JPKK gesa Kementerian Pendidikan serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap

PUTRAJAYA – 27 NOVEMBER 2020: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menyerahkan satu memorandum mengenai tuntutan untuk penghapusan sistem kontrak pada hari ini kepada Kementerian Pendidikan. Memorandum yang mengemukakan tuntutan JPKK untuk menghapuskan sistem kontrak dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan (kawalan keselamatan, pembersihan dan pertukangan kebun) di sekolah kerajaan ini diterima oleh Mohammad Azziyadi bin Ismail … Continue reading JPKK gesa Kementerian Pendidikan serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap

Kembalikan jaminan kerja: JPKK lancar kempen desak penghapusan sistem kontrak di hospital dan sekolah kerajaan

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) melancarkan kempen “Hapus Sistem Kontrak – Jaminan Kerja untuk Semua” dalam satu sidang akhbar atas talian yang diadakan pada 19 November 2020. Sidang akhbar anjuran JPKK ini telah mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh pekerja-pekerja barisan hadapan (frontliner) yang dilupakan atau diabaikan dalam keadaan ancaman pandemik pada ketika ini, di samping … Continue reading Kembalikan jaminan kerja: JPKK lancar kempen desak penghapusan sistem kontrak di hospital dan sekolah kerajaan