oleh Danial Hakeem

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) manyambut baik tuntutan para guru di sekolah untuk mengutamakan mereka dalam proses vaksinasi di Fasa 2 sepertimana yang dilaporkan dalam berita 21 April 2021 lalu bagi memastikan kelangsungan pendidikan pelajar. Pada masa yang sama, kami juga turut mengingatkan bahawa jangan lupakan pekerja kontrak di premis sekolah seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan tukang kebun yang juga menjadi barisan hadapan di sekolah dan mereka juga harus diutamakan bersama-sama dengan para guru di sekolah dalam proses vaksinasi.

Pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah yang diwakili Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), menggesa pihak kerajaan supaya mengambil serius pengorbanan mereka dalam perjuangan memulihkan negara daripada wabak COVID-19. Banyak kluster COVID-19 telah tercetus di sekolah sebelum penutupan aktiviti tempoh persekolahan baru-baru ini.

Murid-murid terdiri daripada kumpulan terdedah, dan boleh menjadi pembawa virus di antara sekolah dan rumah. Pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sebenarnya memainkan peranan penting dalam proses pembersihan premis sekolah; seperti pengurusan sisa buangan, sanitasi, dan penjagaan keselamatan; di samping pelaksanaan penjarakan sosial dan pemeriksaan suhu guru, murid dan pelawat-pelawat lain.

Oleh yang demikian, mereka wajib disenaraikan sebagai penerima vaksin dengan secepat mungkin kerana ada kecenderungan bahawa sumbangan mereka seperti tidak diendahkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Kerajaan juga harus mempertimbangkan pemberian elaun khas barisan hadapan kepada golongan pekerja ini.

Selain daripada pengutamaan vaksinasi, pekerja kontrak pembersihan dan pengawal keselamatan juga menuntut supaya keadaan mereka di sekolah dipantau oleh pihak berkuasa dengan segera semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. JPKK telah menerima pelbagai aduan mengenai salahlaku kontraktor yang tidak mematuhi undang-undang buruh di seluruh negara, di mana ada segelintir kontraktor masih membuat potongan dalam gaji pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah semasa PKP walaupun ini adalah kontrak Kerajaan dan Kerajaan tidak membuat sebarang pemotongan gaji.

Dengan ini, kami berharap Kerajaan akan ambil maklum sumbangan pekerja-pekerja ini dalam pembangunan negara, dan iktiraf mereka sebagai Barisan Hadapan. Langkah ini akan membuktikan bahawa Kerajaan tidak mengabaikan kelompok terdedah wabak COVID-19 ini serta mereka akan menikmati faedah yang diterima oleh pekerja barisan hadapan, malah kesengsaraan mereka dalam sistem kontrak juga boleh dihapuskan dan kebajikan pekerja B40 ini akan terjamin.

==========

Danial Hakeem ialah Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK).

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s