Jika tiadanya pengeluar makanan seperti petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka semua orang tiada makanan!
Bertindak segera untuk selamatkan pengeluar makanan tempatan
Memorandum daripada Jaringan Pengeluar Makanan yang menuntut pada kerajaan supaya melindungi rezeki para pengeluar makanan dan jaminan makanan untuk semua.
Seruan kepada LBS Bina Group: Laksanakan CSR lindungi bekalan makanan dengan tidak usir petani Changkat Kinding
Petani-petani kecil Changkat Kinding meminta LBS Bina Group Berhad untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menangguhkan projek perumahan yang bakal mengusir keluar mereka dan menyewa tanah selama 10 tahun kepada petani-petani sebagai usaha menjamin bekalan makanan pada ketika negara dilanda krisis makanan.
Perampasan tanah pertanian di Perak: Kenapa murah hati pada pemaju tapi zalimi petani kecil?
“Kenapa Kerajaan Negeri Perak begitu murah hati pada pemaju swasta tetapi berlaku zalim terhadap petani kecil?” Ini ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM, dalam sidang akhbar khas untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang isu perampasan tanah pertanian di negeri Perak yang menjejaskan punca pencarian golongan petani kecil dan mengancam jaminan makanan di negara kita.
Isu pengusiran petani Kanthan: Penerangan mengenai situasi sebenarnya
Ramai yang membantah keputusan Kerajaan Negeri Perak memusnahkan sebuah kawasan yang membekalkan 50-60 tan sayur dan buah-buahan setiap hari untuk rakyat Malaysia. Tetapi ada juga pembaca yang mempunyai persepsi negatif terhadap petani-petani ini. Tulisan ini bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap komen-komen yang membawa persepsi negatif mengenai isu petani ini.
Kemelut petani Kanthan – Seruan untuk bertindak!
Bolehkah anda memainkan peranan untuk membantu petani-petani kecil dan melindungi jaminan makanan?
Tiada petani, tiada makanan, tiada kehidupan – Catatan Forum “Memperkasa Jaminan Makanan: Isu dan Penyelesaian”
Tanpa petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka tiada makanan untuk rakyat. Kita harus memperkasakan sektor-sektor pengeluar makanan untuk menjamin pembekalan makanan kepada rakyat.