Petani-petani di Kuala Bikam, Sungkai, Perak, telah menang dalam kes saman yang dibawa oleh syarikat Pengurusan Pasir Perak Sdn Bhd terhadap mereka apabila Mahkamah Tinggi Ipoh menolak tuntutan syarikat tersebut.
Jangan pakai kaca mata etnik dalam analisis isu pengusiran petani
Bagi PSM, inilah isu-isu yang penting – kebajikan petani kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia dan penyaluran pulangan daripada tanah kerajaan kepada program-program yang memanfaatkan rakyat marhaen di Perak. Adalah harapan PSM bahawa orang ramai akan mengambil pendirian yang rasional dan berprinsip dalam menganalisis isu-isu masyarakat yang timbul dari semasa ke semasa, dan elak daripada reaksi yang bersifat sentiment etnik. Kita hanya akan berjaya mewujudkan masyarakat yang adil dan harmoni jika kita mengasaskan analisis dan tindakan kita atas pemikiran objektif dan prinsip-prinsip kemanusiaan.
Petani Malim Nawar gesa Polis Perak kuatkuasakan perintah mahkamah yang halang gangguan daripada syarikat swasta
Petani-petani di Malim Nawar, Perak, menyerahkan satu surat aduan kepada IPK Perak, dengan gesaan kepada Ketua Polis Perak supaya mengarahkan polis di IPD Kampar untuk menguatkuasakan perintah mahkamah yang menghalang sebuah syarikat swasta daripada terus mengganggu petani di situ.
Petani Chepor dapat perintah mahkamah untuk hentikan pengosongan tanah sementara
Petani-petani di kawasan Chepor, Perak, dapat memberhentikan ancaman pengusiran paksa untuk sementara waktu selepas mereka mendapat perintah interim daripada mahkamah.
FKMM kecam rampasan tanah pertanian di Chepor, Perak
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengecam perampasan tanah pertanian daripada pekebun di Taman Chepor Sentosa di negeri Perak oleh pihak pemaju swasta, KM Majubina Sdn Bhd.
Petani Chepor diancam pengusiran
Sekumpulan petani yang bercucuk tanam di kawasan Chepor, Perak, menghadapi ancaman pengusiran apabila sebuah syarikat pemaju menceroboh masuk ke tanah yang diusahakan mereka untuk melakukan kerja pengosongan tanah. Pengusiran telah diberhentikan sementara dan petani-petani yang terkesan sedang cuba berunding untuk mendapatkan penyelesaian yang adil.
Gabungan Petani Perak lancar Kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” demi Jaminan Makanan Rakyat
Gabungan Petani dan Penternak Perak, bersama-sama dengan PSM Perak, melancarkan kempen “Kekalkan Tanah untuk Pertanian” untuk melindungi punca pendapatan petani-petani kecil dan mempertahankan jaminan makanan rakyat.
Kenapa Kerajaan Negeri Selangor masih enggan rampas tanah dari pemilik tanah ladang yang gagal bina rumah untuk pekerja?
Kerajaan Negeri Selangor harus merampas tanah daripada pemilik tanah Ladang Bukit Beruntung untuk membina rumah yang telah ditunggu-tunggu oleh para pekerja ladang di situ selama lebih 21 tahun.
Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh gesa Kwasa Land peruntuk lot tanah untuk hab nurseri
SUNGAI BULOH, SELANGOR – 23 DISEMBER 2020: Pengusaha-pengusaha tapak semaian (nurseri) di Sungai Buloh, Selangor, menyerahkan satu memorandum yang ditujukan kepada Michael Yam selaku Pengerusi Kwasa Land Sdn Bhd pada hari ini di ibupejabat Kwasa Land, dengan tuntutan supaya menunaikan janji untuk penempatan semula pengusah-pengusaha nurseri di tapak tanah Lembaga Getah Malaysia yang dibangunkan oleh … Continue reading Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh gesa Kwasa Land peruntuk lot tanah untuk hab nurseri
Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh hadapi pengusiran
SHAH ALAM: Pengusaha-pengusaha tapak semaian (nurseri) di Sungai Buloh, Selangor, menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Selangor pada 10 Disember 2020, dengan tuntutan pada pihak Kerajaan Negeri Selangor supaya jangan mengusir pengusaha-pengusaha tapak semaian di situ dan menunaikan janji menempatkan semula mereka. Turut hadir bersama dengan pengusaha-pengusaha tapak semaian Sungai Buloh yang menganggotai Persatuan Pengusaha … Continue reading Pengusaha tapak semaian Sungai Buloh hadapi pengusiran
