Kerajaan Perpaduan harus mengambil usaha yang serius untuk menangani masalah salah tadbir urus dalam program-program bantuan bagi golongan miskin luar bandar.
Jangan tangguhkan lagi pemberian lot tanah kepada bekas pekerja ladang untuk bina rumah – Seruan bekas pekerja Ladang Kamiri dan Changkat Salak kepada Menteri Besar Perak
Bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menangguhkan lagi proses pemberian hak milik tanah yang diluluskannya kepada bekas pekerja dari dua buah ladang tersebut sejak tahun 2012.
“Tak mahu berpindah sekali lagi!” – Bekas pekerja Ladang Glenmarie gesa Kerajaan Negeri Selangor mulakan perbincangan pemberian hak milik kekal
Bekas pekerja Ladang Glenmarie menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya memulakan proses perbincangan mengenai pemberian hak milik kekal bagi rumah yang dihuni mereka dan mengelakkan daripada perpindahan sekali lagi.
Orang Asli Johor bantah tanah rizab Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan
Masyarakat Orang Asli Johor menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan untuk menjadikan semua tanah Orang Asli di negeri itu sebagai Tanah Kesultanan.
Banjir Lumpur di Kampung Raja, Cameron Highlands: Perubahan sistem pemberian hak milik dan pemantauan tanah di Cameron Highlands perlu berlandaskan kehendak 99% penduduk tempatan
Kerajaan Negeri Pahang perlu mengisytihar “Darurat Ekologi” di Cameron Highlands. Semua pembukaan hutan, penolakan tanah dan pembinaan struktur komersial atau kerajaan yang baharu harus diberhentikan untuk dikaji semula.
PSM sedia membela rakyat marhaen yang hadapi masalah tanah dan perumahan
Cikgu Tina mengetengahkan isu-isu tanah dan perumahan yang dihadapi oleh beberapa komuniti rakyat marhaen di Negeri Sembilan.
Pekerja Ladang Bukit Beruntung gesa Kerajaan Negeri Selangor rampas tanah untuk bina rumah pekerja
Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Desa Beruntung dan Pekerja Ladang Bukit Beruntung menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya membela nasib bekas pekerja ladang dengan mengambil tindakan segera untuk membina rumah bagi mereka.
Petani Kanthan dapat injunksi interim untuk halang pengusiran paksa
Petani-petani di kawasan Kanthan berjaya mendapat injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menghalang pengusiran paksa oleh PKNP terhadap mereka buat masa ini.
Pejabat Tanah salah guna kuasa bantu pemaju hartanah usir petani kecil di Changkat Kinding
Kenapa pihak kerajaan begitu ghairah membantu pemaju hartanah untuk mengusir petani-petani kecil yang mengeluarkan makanan pada ketika negara kita sedang berdepan dengan ancaman krisis makanan? Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh petani-petani di kawasan Changkat Kinding, Hulu Kinta, yang sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa.
Perampasan tanah pertanian di Perak: Kenapa murah hati pada pemaju tapi zalimi petani kecil?
“Kenapa Kerajaan Negeri Perak begitu murah hati pada pemaju swasta tetapi berlaku zalim terhadap petani kecil?” Ini ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM, dalam sidang akhbar khas untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang isu perampasan tanah pertanian di negeri Perak yang menjejaskan punca pencarian golongan petani kecil dan mengancam jaminan makanan di negara kita.
