Petani-petani di kawasan Kanthan berjaya mendapat injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menghalang pengusiran paksa oleh PKNP terhadap mereka buat masa ini.
Pejabat Tanah salah guna kuasa bantu pemaju hartanah usir petani kecil di Changkat Kinding
Kenapa pihak kerajaan begitu ghairah membantu pemaju hartanah untuk mengusir petani-petani kecil yang mengeluarkan makanan pada ketika negara kita sedang berdepan dengan ancaman krisis makanan? Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh petani-petani di kawasan Changkat Kinding, Hulu Kinta, yang sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa.
Perampasan tanah pertanian di Perak: Kenapa murah hati pada pemaju tapi zalimi petani kecil?
“Kenapa Kerajaan Negeri Perak begitu murah hati pada pemaju swasta tetapi berlaku zalim terhadap petani kecil?” Ini ialah persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Nasional PSM, dalam sidang akhbar khas untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang isu perampasan tanah pertanian di negeri Perak yang menjejaskan punca pencarian golongan petani kecil dan mengancam jaminan makanan di negara kita.
Siasat skandal penyelewengan tanah kerajaan Perak – Seruan kepada SPRM
PSM bersama dengan petani-petani Perak membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan yang disyaki berlaku dalam urusan tanah kerajaan di negeri Perak.
Petani Tanah Hitam mahu MB Perak tunaikan janji ganti tanah dan jangan usir sekarang
Petani-petani kecil dari kawasan Tanah Hitam menyeru pada Menteri Besar Perak supaya menangguhkan pengusiran terhadap mereka dan menunaikan janjinya untuk memberi tanah gantian kepada mereka.
Petani kecil mempersoal kenapa 103 ekar tanah di Pusing boleh dihadiahkan kepada seorang taikun
Petani-petani kecil dari kawasan Pusing menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Perak pada hari ini untuk menggesa supaya satu penyiasatan dijalankan ke atas isu penganugerahan tanah seluas 103 ekar di Pusing kepada seorang taikun dari Kuala Lumpur yang bernama Dato’ Sri Tee Yam pada bulan Ogos 2017.
Isu pengusiran petani Kanthan: Penerangan mengenai situasi sebenarnya
Ramai yang membantah keputusan Kerajaan Negeri Perak memusnahkan sebuah kawasan yang membekalkan 50-60 tan sayur dan buah-buahan setiap hari untuk rakyat Malaysia. Tetapi ada juga pembaca yang mempunyai persepsi negatif terhadap petani-petani ini. Tulisan ini bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap komen-komen yang membawa persepsi negatif mengenai isu petani ini.
Petani Pusing dapat perintah mahkamah hentikan pengusiran paksa
18 orang petani dari Pusing, Perak, berjaya mendapatkan satu perintah di bawah Seksyen 99 Kanun Prosedur Jenayah untuk kekal berada di tanah yang diusahakan mereka sehingga pertikaian berkenaan tanah mereka diselesaikan di Mahkamah Tinggi.
Kemelut petani Kanthan – Seruan untuk bertindak!
Bolehkah anda memainkan peranan untuk membantu petani-petani kecil dan melindungi jaminan makanan?
Peneroka Gatco buat aduan polis: Tolak ugutan Exco Negeri Sembilan
Peneroka-peneroka Kampung Gatco membuat aduan polis di IPD Seremban pada hari ini berkenaan dengan ugutan daripada Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang memaksa mereka untuk menerima sahaja tanah 4 ekar yang ditawarkan.