Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung yang memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang tidak dibayar, telah menang kesnya pada 11 Januari 2021 di Mahkamah Buruh Sitiawan. Kemenangan kes tuntutan oleh pekerja ini menunjukkan bahawa tindakan majikannya, iaitu syarikat UEMS yang merupakan kontraktor swasta … Continue reading Pekerja pembersihan Hospital Seri Manjung menang kes tuntut OT tidak dibayar

Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yang menyarankan kepada pekerja bahawa “lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja". Kenyataan ini akan memberanikan lagi majikan untuk menekan gaji pekerja padahal pemotongan gaji sudah pun berlaku secara berleluasa sekarang. PSM … Continue reading Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

Majikan tipu pekerja: Dapat bantuan subsidi upah tetapi tidak bayar dengan betul

oleh Rani Rasiah Pemandu lori yang bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan, TKSC Sdn Bhd, yang terletak di Chemor, Perak, menghadapi kesusahan akibat tidak mendapat gaji untuk tempoh dari 19 Mac hingga 4 Mei 2020. Seperti perniagaan yang lain, syarikat ini juga terpaksa tutup untuk tempoh tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan untuk mengawal penyebaran wabak COVID-19. Pemandu-pemandu lori … Continue reading Majikan tipu pekerja: Dapat bantuan subsidi upah tetapi tidak bayar dengan betul

Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan pada 15 Jun 2020 untuk menolak rayuan kes daripada pihak majikan BT Security Services Sdn Bhd, memberikan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja. Kes yang diputuskan semalam merupakan kes rayuan yang difailkan oleh syarikat BT Security Services Sdn Bhd pada bulan September 2019 terhadap keputusan Mahkamah Buruh Seremban yang … Continue reading Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban

PSM mengetengahkan isu pekerja kepada perhatian Menteri Sumber Manusia

Pada 5 Jun 2020, Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu mesyuarat dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di Pejabat Menteri di Putrajaya. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Dato' Mohd Jeffrey Bin Joakim selaku Pengarah Jabatan Tenaga kerja Semenanjung Malaysia, Puan Gayathri Vadivel selaku Ketua Cawangan Perhidmatan Pekerjaan dari Pejabat Sistem … Continue reading PSM mengetengahkan isu pekerja kepada perhatian Menteri Sumber Manusia