Krisis di Ukraine pada masa kini berpunca daripada kegagalan kuasa imperialis Amerika Syarikat dalam berpegang pada janjinya kepada Mikhail Gorbachev pada awal tahun 1990-an bahawa NATO tidak akan bergerak satu inci pun ke timur.
Imbas kembali 2021 (Antarabangsa)
Imbas kembali beberapa peristiwa perjuangan rakyat yang penting di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2021.
Itali: Kesatuan pekerja kecam serangan fasis
Puluhan ribu orang berdemonstrasi di pusat bandar Rom, Itali, pada 16 Oktober 2021, untuk bersolidariti dengan kesatuan sekerja di negara itu yang diserang oleh golongan fasis yang anti-vaksin.
Pilihanraya Persekutuan Jerman: Pakatan Lampu Isyarat Trafik bakal gantikan zaman Merkel?
Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) muncul sebagai parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam Pilihanraya Persekutuan Jerman yang menandakan permulaan zaman pasca Merkel. SPD hendak membentuk kerajaan campuran “Pakatan Lampu Isyarat Trafik” dengan FDP dan Grüne.
Jerman: Kepimpinan baharu dalam Parti Kiri untuk hadapi cabaran pilihanraya
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah parti Die Linke memilih dua orang pengerusi wanita, dan juga merupakan satu-satunya parti di Jerman yang dipimpin bersama oleh dua orang wanita.
Komun Paris 1871: Pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia
Komun Paris ialah sebuah pemerintahan yang revolusioner dan berbentuk sosialis radikal, yang wujud dari 18 Mac hingga 28 Mei 1871, di bandar Paris, Perancis. Walaupun tempoh kewujudannya yang sangat singkat, Komun Paris sebagai pemerintahan kelas pekerja yang pertama di dunia, telah membawa inspirasi yang hebat kepada usaha perjuangan pembebasan masyarakat di peringkat antarabangsa.
Greece: Pelajar bantah undang-undang pendidikan yang represif
(foto oleh Louisa Gouliamaki / AFP/ Getty Images) Gelombang protes anak muda besar-besaran tercetus di Greece sejak bulan Januari 2021 untuk membantah rang undang-undang pendidikan yang bersifat represif. Kerajaan Greece yang dibentuk oleh parti berhaluan kanan, Néa Dimokratía di bawah pimpinan Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis, memperkenalkan rang undang-undang pendidikan terbaru yang membenarkan penubuhan pasukan polis … Continue reading Greece: Pelajar bantah undang-undang pendidikan yang represif
Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian
(Foto oleh Christophe Petit Tesson / EPA) Protes besar-besaran di Perancis berjaya memaksa kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron untuk menggugurkan rang undang-undang yang penuh kontroversi. Bandar-bandar utama di seluruh Perancis, seperti Paris, Lyon, Rennes, Tours, Montpellier, Nantes, Toulouse, Pau dan sebagainya, dilanda gelombang protes khususnya pada 28 November 2020, dengan rakyat turun ke jalanan untuk … Continue reading Perancis: Rakyat bangkit lawan dasar Liberal yang autoritarian
Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat
(Foto: Krzysztof Kaniewski / ZUMA Wire) Satu gelombang protes yang hebat sedang melanda seluruh negara Poland selepas mahkamah perlembagaan negara itu memutuskan pada 22 Oktober 2020 untuk memperketatkan lagi undang-undang mengenai pengguguran kandungan di Poland, sehingga hampir semua kes pengguguran boleh dianggap haram. Ini merupakan gelombang kebangkitan rakyat yang terbesar di Poland sejak kejatuhan pemerintahan … Continue reading Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat
Belarus: Lukashenko dihantui krisis politik
Belarus sedang berdepan dengan krisis politik yang paling serius dalam sejarah pasca Kesatuan Soviet di negara itu. Gelombang protes yang tercetus sebelum Pilihanraya Presiden telah memuncak sejurus selepas pilihanraya yang menyaksikan Alexander Lukashenko, yang digelar “Diktator Terakhir di Eropah”, menang untuk kali keenam dalam pilihanraya yang penuh dengan kontroversi dan mengekalkan jawatan Presiden Belarus yang … Continue reading Belarus: Lukashenko dihantui krisis politik