Durian yang berduri

Jabatan Perhutanan dan Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak menebang habis kebun durian di Raub baru-baru ini. Ini sekali lagi mengundang perhatian masyarakat terhadap petani durian di Raub. Sama ada tindakan tersebut melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan pada tahun yang lalu, Kerajaan Negeri dan petani-petani adanya pendirian yang masing-masing.

Panduan Ringkas Anti-Kapitalisme

Apa itu Kapitalisme? Kapitalisme ialah sistem sosio-ekonomi yang disusun berkisar pada keuntungan golongan kapitalis. Kelas kapitalis atau korporat memiliki hampir semua benda, dan mengupah pekerja untuk menghasilkan barangan yang bertujuan untuk dijual supaya menjana keuntungan yang mengkayakan segolongan kecil kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis adalah berasaskan pemilikan persendirian (private ownership) oleh golongan kapitalis terhadap sumber-sumber pengeluaran. … Continue reading Panduan Ringkas Anti-Kapitalisme

Ini masanya untuk beri perhatian kepada Sabah

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis menggesa Kerajaan Malaysia untuk segera memberi perhatian kepada negeri Sabah yang semakin mengalami kesulitan akibat wabak COVID-19. Pemuda Sosialis menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan seperti berikut: 1. Kerajaan perlu mempercepatkan proses memberi dana kepada negeri Sabah supaya dapat mengendalikan situasi COVID-19 di Sabah. Merujuk kepada laporan Persatuan Perubatan Malaysia, … Continue reading Ini masanya untuk beri perhatian kepada Sabah

Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Kapitalisme yang berlandaskan eksploitasi berterusan terhadap tenaga kerja dan sumber alam semulajadi untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin kepada golongan pemodal dan syarikat korporat, merupakan satu sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan yang paling hebat dalam sejarah masyarakat manusia di atas muka bumi ini. Di bawah sistem kapitalis, golongan korporat memiliki kebanyakan benda dalam masyarakat dan … Continue reading Imperialisme: Sejauh mana kapitalisme mengganas?

Agenda 10-Perkara untuk Negara-negara Selatan Global pasca COVID-19

Dunia kita sedang menghadapi krisis yang mendalam dengan penularan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi di peringkat global. Negera-negara Selatan Global, yang kebanyakannya merupakan negara-negara sedang membangun, menerima impak yang besar akibat daripada krisis global ini. Oleh yang demikian, Tricontinental: Institute for Social Research telah membangunkan satu agenda 10-perkara untuk dunia pasca COVID-19. Agenda ini boleh menjadi … Continue reading Agenda 10-Perkara untuk Negara-negara Selatan Global pasca COVID-19

Strategi Nasional untuk jamin kesejahteraan rakyat pasca COVID-19

[Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan cadangan Strategi Nasional untuk Menjamin Kesejahteraan Rakyat Pasca COVID-19, dalam satu sidang akhbar atas talian yang diadakan pada 7 Mei 2020.] Malaysia menghadapi cabaran terbesarnya selepas zaman kemelesetan ekonomi tahun 1996-1997, dengan berlakunya pandemik COVID-19. Pandemik global ini, yang membawa kepada langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan semua … Continue reading Strategi Nasional untuk jamin kesejahteraan rakyat pasca COVID-19

Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

oleh Karthiges Rajamanickam Beberapa hari yang lalu, akhbar The Star melaporkan bahawa harga rumah atau hartanah akan jatuh selepas pandemik COVID-19 ini dan mereka yang ingin membeli akan untung. Perspektif daripada pemaju ini juga menjangkakan lebih ramai pemilik hartanah akan menjual dengan harga murah dan memberi impak positif kepada pembeli baru. Persoalan yang wujud di sini adalah, adakah harga rumah sebelum pandemik … Continue reading Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global

Berikut ialah Deklarasi Antarabangsa yang dirangka oleh Perhimpunan Rakyat Antarabangsa (International Assembly of the Peoples) dan Tricontinental: Institute for Social Research. Teks asal Deklarasi di sini. SARS-CoV-2 atau COVID-19, yang diisytihar sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekarang ini, telah mula membawa bencana di sebahagian besar dunia, dengan bahagian dunia yang lain sedang menunggu … Continue reading Tumpukan perhatian ke atas rakyat dalam menghadapi Pandemik Global