Gaji minimum RM1100 cukup tak?

Kerajaan telah mengumumkan cadangan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019, semasa pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November 2018. Ini bermakna bahawa Kerajaan menaikkan gaji minimum sebanyak RM50 lagi berbanding cadangan awalnya (RM1,050) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri … Continue reading Gaji minimum RM1100 cukup tak?

Sedikit fakta tentang gaji minimum

Dalam isu kenaikan gaji minimum, adanya pihak yang cuba mempertahankan kenaikan gaji minimum hanya RM 50 yang begitu sedikit dengan beberapa alasan, seperti gaji minimum yang terlalu tinggi akan menakutkan pelabur, kilang akan tutup, kerajaan tiada dana untuk melaksanakannya kerana hutang negara terlalu tinggi, dan sebagainya. Di sini adalah beberapa hujah/fakta yang menunjukkan alasan yang … Continue reading Sedikit fakta tentang gaji minimum

Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis

Persidangan Global Rakyat Menentang IMF-Bank Dunia (Peoples’ Global Conference Against the IMF-World Bank) yang dijadualkan untuk diadakan pada 11 Oktober 2018 di Auditorium Radio Republik Indonesia di Denpasar, Bali, Indonesia, telah diganggu oleh polis Indonesia. Persidangan rakyat yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Menentang IMF-WB, yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaaan dan organisasi masyarakat Indonesia, dengan … Continue reading Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis

UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Pernahkah anda dengar tentang UBI? UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek yang kita makan, tetapi singkatan Bahasa Inggeris kepada sejenis perlindungan sosial yang dikenali sebagai “Pendapatan Asas Universal” (Universal Basic Income), ataupun “Pendapatan Asas Tanpa Syarat” (Unconditional Basic Income). Di bawah sistem “Pendapatan Asas Universal” (UBI), setiap orang … Continue reading UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Nilai Surplus dan Modal

Nilai surplus atau nilai lebihan, adalah barangan surplus dalam bentuk matawang. Di bawah sistem kapitalis, nilai surplus adalah bahagian nilai dalam bentuk matawang yang dihasilkan oleh pekerja tanpa pulangan untuk dinikmati sepenuhnya oleh pemilik alat pengeluaran (iaitu kapitalis). Kapitalis, iaitu orang yang memiliki modal, membeli tenaga buruh pekerja, dan membayarnya dengan gaji. Dengan itu, kapitalis … Continue reading Nilai Surplus dan Modal

Buruh dan Nilai

Buruh atau tenaga kerja itu asas kepada ekonomi. Buruh manusia mencipta kekayaan masyarakat. Buruh menghasilkan nilai. Tanpa buruh manusia, maka tiadanya nilai. Dalam pengeluaran barangan, ia melibatkan proses: Sumber pengeluaran (peralatan, mesin, kilang, pengangkutan, jalan dan sebagainya; objek buruh, iaitu bahan mentah) + buruh (orang yang melakukan kerja) ------> hasil pengeluaran (barangan) Jikalau kuasa pengeluaran … Continue reading Buruh dan Nilai

Kerja rumah itu juga kerja

1. Kerja pengurusan rumahtangga (homemaking) atau kerja rumah, termasuklah kerja-kerja membersihkan rumah, mencuci baju, memasak untuk keluarga, menjaga kanak-kanak kecil dan sebagainya. Kerja ini biasanya dilakukan oleh golongan wanita berkahwin yang tidak kerja di luar. Wanita yang hanya melakukan kerja rumah dipanggil “suri rumahtangga”. 2. Suri rumahtangga tidak dibayar apa-apa upah untuk kerja yang dibuatnya, … Continue reading Kerja rumah itu juga kerja

Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)

MANIFESTO UNTUK 99% MUKADIMAH Kami, warga tanah air yang dirahmati dengan keindahan khazanah ekologi, warga berbilang bahasa dan tradisi, sama-sama berikrar untuk mendirikan sebuah masyarakat baru yang bertapak di atas prinsip kebebasan, kesamarataan dan kekitaan. Kami berazam untuk menyamaratakan peluang untuk semua kelompok masyarakat; bermula dengan sokongan badan institusi yang akan membebaskan rakyat daripada kemiskinan … Continue reading Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)

Kenapa masih perlu baca Das Kapital?

Buku “Das Kapital” yang diterbitkan pada tahun 1867, merupakan salah satu karya pemikiran Karl Marx yang amat penting. Buku ini membawa kritikan yang amat tajam dan mendalam terhadap sistem kapitalis. (Das Kapital adalah perkataan Bahasa Jerman, Capital dalam Bahasa Inggeris, dan bermaksud Modal dalam Bahasa Malaysia.) Pemikiran Marx dan Marxisme bukannya sesuatu yang jatuh dari … Continue reading Kenapa masih perlu baca Das Kapital?