Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan

30 tahun dahulu, pada 9 November 1989, ribuan rakyat Jerman Timur melintasi Tembok Berlin untuk memasuki kawasan Jerman Barat di bandar Berlin, menjadi satu pemandangan bersejarah yang dianggap sebagai tanda berakhirnya Perang Dingin. Blok Barat yang diketuai oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat menyifatkan kejatuhan Tembok Berlin sebagai kemenangan untuk “Dunia Bebas” yang dikuasai imperialis Barat. … Continue reading Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan

Bayangan Operasi Lalang 32 tahun dahulu masih berkeliaran…

32 tahun dahulu, pada 27 Oktober 1987, Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad pada masa itu (iaitu Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan hari ini) melancarkan Operasi Lalang, satu operasi penangkapan polis secara besar-besaran dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Lebih 100 orang pemimpin politik (kebanyakannya daripada parti pembangkang pada masa itu) dan … Continue reading Bayangan Operasi Lalang 32 tahun dahulu masih berkeliaran…

Had umur pengundi diturunkan

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun. Selain itu, RUU yang diluluskan itu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran pengundi secara automatik untuk warganegara yang mencapai umur 18 tahun, dan warganegara yang berumur 18 tahun turut layak bertanding dalam pilihanraya. Kelulusan pindaan … Continue reading Had umur pengundi diturunkan

Siapa Pengerusi baru PSM? (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 02)

  oleh S. Arutchelvan  Tiga orang telah dicalonkan oleh cawangan-cawangan PSM untuk jawatan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), setelah tarikh tutup pada 23 Jun 2019. Dalam Garis Panduan pengendalian Pemilihan PSM, proses pemilihan akan diadakan dalam dua peringkat. Peringkat Pertama akan memilih Kepimpinan Tertinggi mengandungi 6 Jawatan, iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung (SUA), Timbalan … Continue reading Siapa Pengerusi baru PSM? (Siri Menjelang Kongres PSM 2019 – 02)

Hong Kong: Gelombang protes besar-besaran paksa kerajaan tangguhkan undang-undang zalim

Kerajaan Hong Kong tergesa-gesa untuk meluluskan satu rang undang-undang yang akan menyekat kebebasan sivil, tetapi tindakan tersebut telah mencetuskan gelombang protes yang paling besar dalam sejarah bandaraya yang menjadi pusat kewangan antarabangsa ini. Pada 16 Jun 2019, lebih kurang 2 juta orang membanjiri jalanraya di pusat bandaraya Hong Kong, untuk memprotes terhadap rang undang-undang ekstradisi … Continue reading Hong Kong: Gelombang protes besar-besaran paksa kerajaan tangguhkan undang-undang zalim

3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

"Kebebasan adalah sentiasanya kebebasan untuk seseorang yang berfikiran berbeza." - Rosa Luxemburg  3 Mei setiap tahun ialah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Hari ini disambut sebagai peringatan kepada semua orang tentang kepentingan kebebasan akhbar dan tanggungjawab kerajaan di seluruh dunia untuk melindungi kebebasan bersuara yang menjadi tulang belakang kepada masyarakat demokrasi moden. Dalam satu seminar anjuran … Continue reading 3 Mei: Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah

Gelombang protes yang menggegarkan benua Afrika baru-baru ini, dengan kejatuhan dua orang diktator, menghidupkan kembali memori kita tentang Kebangkitan Dunia Arab 8 tahun dahulu, yang juga digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring). Pada tahun 2011, momentum untuk perubahan nampaknya begitu susah disekat. Orang kuat yang berkuasa di Tunisia untuk 23 tahun, Zine El Abidine Ben … Continue reading Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah

Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan dalam aksi protes selama 7 minggu di Algeria, akhirnya menjatuhkan Abdelaziz Bouteflika yang sudah berkuasa untuk 20 tahun. Abdelaziz Bouteflika menyandang jawatan Presiden Algeria sejak tahun 1999. Pada awal bulan Februari 2019, Bouteflika mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam Pilihanraya untuk menjadi Presiden bagi penggal kelima. Namun, tidak lama kemudian, tercetusnya … Continue reading Algeria: Rakyat bangkit jatuhkan Bouteflika, perjuangan perlu diteruskan untuk perubahan sistem

PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih

8 Mac 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan DUN Semenyih di Selangor, telah mencatatkan rekod kesalahan pilihanraya yang tertinggi dalam 6 pilihanraya kecil yang diadakan sejak PRU-14. Walau bagaimanapun, Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang meletakkan Nik Aziz Afiq sebagai calonnya dan calon bebas Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang didapati tidak melakukan … Continue reading PRK Semenyih catat rekod tertinggi kesalahan pilihanraya, tapi PSM dan Uncle Kentang paling bersih

PSM kecewa dengan pembatalan debat calon

oleh S. Arutchelvan Jentera Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk PRK N24 Semenyih ingin merakamkan kekecewaan kami kerana debat yang sepatutnya dianjurkan oleh BERSIH 2.0 telah dibatalkan dengan alasan calon-calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mahu hadir ke debat tersebut. Kami difahamkan oleh pihak BERSIH 2.0 bahawa mereka telah berusaha untuk mengadakan debat ini, … Continue reading PSM kecewa dengan pembatalan debat calon