Respon kepada kenyataan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di Parlimen bahawa CPTPP tidak akan memberi kesan buruk terhadap pertanian dan petani tempatan.
Masyarakat madani gesa kaji semula penyertaan Malaysia dalam CPTPP
Lebih 200 orang daripada pelbagai organisasi masyarakat madani berhimpun di luar Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan satu memorandum yang menyeru pada kerajaan supaya mengkaji semula penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
CPTPP – Jangan pandang ringan! Tarik diri segera!
Peruntukan ISDS memberikan pelabur asing pilihan untuk memintas mahkamah-mahkamah di Malaysia untuk menyaman kerajaan kita dalam salah satu daripada beberapa tribunal antarabangsa sekiranya mana-mana tindakan atau dasar kerajaan menjejaskan keuntungan pelabur asing itu.
Ancaman CPTPP yang dipandang remeh
Nampaknya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, puluhan ribu PKS akan disingkir keluar daripada pasaran oleh syarikat asing yang bersifat pemangsa di bawah CPTPP.
CPTPP sekat kerajaan baharu daripada pelaksanaan dasar yang lindungi kebajikan awam
Inilah masanya untuk menjaga kedaulatan negara dan ruang dasar kita, bukan mengurangkannya.
Pemuda Sosialis: Malaysia perlu keluar daripada CPTPP segera!
Pemuda Sosialis kecewa terhadap Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang masih tidak memberi apa-apa maklum balas terhadap seruan daripada ramai aktivis untuk Malaysia menarik balik ratifikasi CPTPP.
Malaysia harus batalkan ratifikasi CPTPP
Gabungan Kedaulatan Negara menggesa Perdana Menteri baharu supaya menangguhkan penyertaan CPTPP buat masa ini dengan menarik balik notis meratifikasi CPTPP.
Tugasan pertama PM ke-10: Tarik balik ratifikasi perjanjian CPTPP!
Menarik balik ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan segera haruslah dijadikan tugasan pertama Perdana Menteri ke-10!
Keluar daripada CPTPP sebelum terlambat: Ratifikasi perjanjian perdagangan bebas secara tergesa-gesa ancam kehidupan rakyat marhaen
Tindakan kerajaan meratifikasi CPTPP secara tergesa-gesa beberapa hari sebelum pembubaran Parlimen adalah tidak bertanggungjawab kerana pihak kerajaan cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan di dalam Parlimen dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk selepas PRU-15 nanti untuk melaksanakan perjanjian perdagangan bebas antarabangsa yang akan mendatangkan kesan hebat kepada masyarakat ini.
Bantah ratifikasi perjanjian perdagangan bebas CPTPP
Berikut ialah kenyataan bersama oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil di Malaysia yang membantah ratifikasi "Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik" (CPTPP). Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah secara konsisten ingin mengingatkan Kerajaan Malaysia tentang implikasi serius kepada negara akibat daripada Perjanjian Komprehensif dan Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang buat masa ini hanya menangguhkan secara sementara 22 … Continue reading Bantah ratifikasi perjanjian perdagangan bebas CPTPP