Keputusan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam meninggikan risiko semua orang dijangkiti COVID-19, lebih-lebih lagi orang kurang upaya, orang dengan sistem keimunan yang terkompromi, warga emas, dan orang yang mempunyai kondisi sedia ada.
Memperkasakan perlindungan sosial (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 01)
Teras 1 untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” yang diperkenalkan oleh PSM mencadangkan pemerkasaan perlindungan sosial.
Skim Jaminan Pendapatan Asas RM1,000 sebulan kepada keluarga yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19
PSM mencadangkan pelaksanaan Skim Jaminan Pendapatan Asas kepada mereka yang hilang kerja dan tiada apa-apa sumber bantuan yang lain.
“Permintaan rakyat mudah je”: Pelan Tindakan Pemulihan Nasional – Haluan Baru untuk Malaysia
Kenyataan akhbar Parti Sosialis Malaysia (PSM) sempena pelancaran pelan tindakan alternatif untuk pemulihan nasional yang bertemakan “Permintaan Rakyat Mudah Je”.
“Permintaan Rakyat Mudah Je”: PSM lancar cadangan pelan tindakan alternatif untuk pemulihan nasional
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan ideanya untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” dengan mencadangkan pembaharuan penting yang meliputi aspek penting seperti perlindungan sosial, jaminan kerja, perkhidmatan kesihatan, perumahan dan keadilan iklim.
Dilarang berkabung untuk mangsa korban COVID-19?
Penangkapan terhadap aktivis-aktivis yang berkabung untuk mangsa korban COVID-19, merupakan satu lagi intimidasi terhadap rakyat yang cuba bersuara untuk menyatakan ketidakpuasan hati dan mengetengahkan masalah serius yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa kini.
Pekerja pembersihan yang tidak divaksinasi mati kerana COVID-19: Kementerian Kesihatan harus bertanggungjawab dan ambil tindakan terhadap majikan yang sebabkan kematian pekerja
Kerajaan harus bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap majikan yang cuai sehingga menyebabkan kematian pekerja pembersihan kerana dijangkiti COVID-19.
Tuntutan emosi atau tuntutan rasional: Perlukah Muhyiddin berundur atau semua parti duduk bincang?
Ternyata sekali, polemik pengumuman Muhyiddin adalah semata-mata untuk menyelamatkan bahteranya yang sedang tenggelam. Kita tidak perlu memberi talian hayat kepada pentadbiran ini dengan harapan mereka akan membawa reformasi yang dicadangkan. Mereka tidak pernah jujur dan besar kemungkinan tidak akan jujur pada masa akan datang.
Jangan kelirukan rakyat dengan pelonggaran syarat peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara
PSM mendesak Kerajaan PN agar jangan menipu rakyat dengan mengaburkan fakta sebenar demi membuka semua sektor ekonomi dengan tergesa-gesa. Tindakan sedemikian akan menekan lagi kapasiti sistem perkhidmatan hospital awam kita yang telahpun dibanjiri pesakit.
Salurkan bekalan oksigen dari sektor pembinaan ke sektor kesihatan
Penggunaan gas oksigen dalam sektor pembinaan tidak wajar ketika rakyat sedang mati kerana kekurangan bekalan gas oksigen. Pembinaan hartanah mewah, lebuh raya dan pusat beli-belah boleh ditunda kerana nyawa manusia lebih bernilai daripada keuntungan syarikat pembinaan.