PSM menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menaikkan tarif air di negeri Perak.
Adakah rakyat miskin akan dilindungi daripada kenaikan tarif air?
Dengan kenaikan gaji yang tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup, adalah penting untuk kerajaan tidak menghakis kebajikan dan jaring keselamatan, supaya rakyat tidak terjerumus lebih lanjut lagi ke dalam kemiskinan.
Selesaikan gangguan bekalan air Selangor
Kerajaan Negeri Selangor serta Air Selangor harus menggalas tanggungjawab ini secara serius untuk memastikan rakyat Selangor, terutamanya rakyat marhaen, tidak terjejas lagi dengan masalah gangguan bekalan air.
MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air
oleh V. Selvam Krisis air di Selangor sudah tiada kesudahannya dan masalah gangguan air sudah semakin kritikal. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah tidak mampu menangani masalah pengurusan air di Selangor. PSM Selangor menggesa Menteri Besar Selangor dan Ketua Eksekutif Air Selangor untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan meletakkan jawatan mereka. Masalah paip pecah di … Continue reading MB Selangor harus letak jawatan kerana gagal urus air
Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana
oleh V. Selvam Krisis air di Selangor berulang kembali hanya selepas hampir sebulan ianya berlaku. Kali ini pencemaran di Sungai Semenyih berlaku dan dilaporkan hampir 309, 687 pengguna dijangka menghadapi masalah bekalan air di 274 kawasan, termasuk kawasan di Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Petaling. Parti Sosialis Malaysia Negeri Selangor (PSM Selangor) melihat masalah … Continue reading Krisis air Selangor: Kerajaan Negeri alpa, rakyat yang merana
MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha
oleh S. Arutchelvan Sejak 25 September lalu, lebih kurang 70 buah keluarga bekas pekerja ladang yang tinggal di Ladang Padang Meha yang terletak berhampiran dengan Padang Serai di negeri Kedah, telah dinafikan bekalan air paip. Adalah mengejutkan bahawa dalam abad ke-21 ini, pemaju masih boleh menggunakan cara menafikan kemudahan asas rakyat seperti air untuk mengusir … Continue reading MB Kedah nampaknya tiada empati dan kesungguhan politik untuk selesaikan isu bekas pekerja Ladang Padang Meha
22 Mac – Hari Air Sedunia
22 Mac setiap tahun ialah Hari Air Sedunia. Hari ini disambut sebagai usaha menggalakkan pengurusan yang mampan terhadap sumber air tawar. Pada tahun 1992, Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) ataupun dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, telah mencadangkan untuk mendedikasikan satu hari di peringkat antarabangsa bagi meraikan … Continue reading 22 Mac – Hari Air Sedunia