Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Continue reading Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan
33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
SENTUL, KUALA LUMPUR - 24 November 2019: Lebih 30 orang penduduk Kampung Segambut Permai membuat aduan polis secara beramai-ramai pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Sentul, berkenaan dengan isu perumahan yang dihadapi oleh mereka. Sebanyak 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai telah mendapat satu notis pengosongan rumah baru-baru ini. Notis yang dikeluarkan berasaskan satu Penghakiman Persetujuan di … Continue reading 33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
“Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor
KAPAR, SELANGOR – 7 SEPTEMBER 2019: Penternak-penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang Sime Darby sekitar Kuala Selangor, telah membuat aduan polis ke atas syarikat Sime Darby, pada hari ini di Balai Polis Sungai Kapar Indah, oleh kerana pihak syarikat Sime Darby hendak melakukan pengusiran secara paksa terhadap mereka dari kawasan ladang Sime … Continue reading “Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor
Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak
Sebuah syarikat pembalakan cuba menyogok komuniti Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak, tetapi menemui kegagalan apabila Orang Asli di situ enggan menerima wang sogokan. Pada Ogos 2019, seorang penyelia syarikat pembalakan yang bernama Afiq bersama taukenya mengunjung rumah seorang Orang Asli yang bernama Najib bin Alang di Kampung Ketled Pos Piah. Najib bin … Continue reading Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak
Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
Masyarakat Orang Asli suku Temiar di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak, telah mendirikan sekatan jalan (blockade) untuk menghalang pembalakan di kawasan tanah adat mereka, tetapi menghadapi gangguan yang berterusan daripada pihak berkuasa dan syarikat pembalak. Pada 20 Julai 2019, pembalak telah merobohkan sekatan jalan yang didirikan Orang Asli dengan bantuan pihak polis. 3 orang daripada … Continue reading Orang Asli Kampung Sungai Papan pertahan tanah adat daripada ancaman pembalakan
Pekerja Tamil Nesan dibuang kerja tanpa pampasan
GOMBAK – 17 JULAI 2019: Bekas pekerja akhbar Bahasa Tamil, Tamil Nesan, membuat aduan polis pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah, berkenaan dengan penyelewengan oleh pihak majikan yang memberhentikan kerja mereka tanpa pampasan. Seramai 40 orang pekerja di akhbar Tamil Nesan telah dibuang kerja sejak bulan Mac 2019. Pekerja yang dibuang kerja ini tidak … Continue reading Pekerja Tamil Nesan dibuang kerja tanpa pampasan
Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori
IPOH, PERAK – 1 JUN 2019: Sekumpulan pemandu lori membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh pada hari ini terhadap syarikat Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd yang berniat jahat kerana cuba mendapatkan wang secara tidak sah daripada pekerja-pekerjanya. Pemandu-pemandu lori yang membuat aduan polis ini sedang atau pernah bekerja untuk majikan Hong … Continue reading Syarikat pengangkutan yang keji cuba tipu wang pemandu lori