PSM dan SUARAM menyeru pada pihak PDRM di Bukit Aman untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Daerah Ipoh dan semua pegawai di bawahnya yang terlibat dalam penangkapan yang tidak sah dan pengusiran paksa tanpa perintah mahkamah pada 13 April 2022.
Peneroka Gatco buat aduan polis: Tolak ugutan Exco Negeri Sembilan
Peneroka-peneroka Kampung Gatco membuat aduan polis di IPD Seremban pada hari ini berkenaan dengan ugutan daripada Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang memaksa mereka untuk menerima sahaja tanah 4 ekar yang ditawarkan.
Petani Malim Nawar gesa Polis Perak kuatkuasakan perintah mahkamah yang halang gangguan daripada syarikat swasta
Petani-petani di Malim Nawar, Perak, menyerahkan satu surat aduan kepada IPK Perak, dengan gesaan kepada Ketua Polis Perak supaya mengarahkan polis di IPD Kampar untuk menguatkuasakan perintah mahkamah yang menghalang sebuah syarikat swasta daripada terus mengganggu petani di situ.
Petani Mambang Diawan ditahan secara tidak sah dengan alasan “menceroboh” tanah swasta
Dua orang petani di Mambang Diawan yang ditahan semalaman pada 28 September 2020 bersama dengan peguam K. Kunasekaran di luar Ibupejabat Polis Daerah Kampar. IPOH, PERAK – 29 September 2020: Dua orang petani di Mambang Diawan, Perak, telah ditangkap polis pada 28 September 2020 dan ditahan semalaman di lokap Ibupejabat Polis Daerah Kampar, dengan alasan … Teruskan membaca Petani Mambang Diawan ditahan secara tidak sah dengan alasan “menceroboh” tanah swasta
Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan
SUBANG JAYA - 8 SEPTEMBER 2020: 9 orang pekerja dari Sri Lanka yang bekerja di panggung wayang telah diusir keluar dari asrama pekerja tanpa dibayar gaji oleh majikan mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020. Pekerja-pekerja dari Sri Lanka yang diupah oleh syarikat UMR Solutions Sdn Bhd ini, telah dibawa masuk … Teruskan membaca Pekerja migran di pawagam GSC tidak dibayar gaji 6 bulan
Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula
Arumugam dan Vally, satu pasangan bertunang yang mengalami masalah kewangan, telah terjebak dalam perangkap penipuan dan menjadi mangsa, tetapi yang lebih perit lagi adalah, mereka sedang berdepan dengan pertuduhan di beberapa mahkamah di tempat yang berlainan. Musibah yang menimpa Arumugam sekeluarga ini menyebabkan mereka pernah cuba membunuh diri bersama. Masalah yang melanda Arumugam dan Vally … Teruskan membaca Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula
Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan
Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Teruskan membaca Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan
33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
SENTUL, KUALA LUMPUR - 24 November 2019: Lebih 30 orang penduduk Kampung Segambut Permai membuat aduan polis secara beramai-ramai pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah Sentul, berkenaan dengan isu perumahan yang dihadapi oleh mereka. Sebanyak 33 buah keluarga di Kampung Segambut Permai telah mendapat satu notis pengosongan rumah baru-baru ini. Notis yang dikeluarkan berasaskan satu Penghakiman Persetujuan di … Teruskan membaca 33 keluarga bakal kehilangan rumah: Kampung tradisi diancam pengusiran paksa
“Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor
KAPAR, SELANGOR – 7 SEPTEMBER 2019: Penternak-penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang Sime Darby sekitar Kuala Selangor, telah membuat aduan polis ke atas syarikat Sime Darby, pada hari ini di Balai Polis Sungai Kapar Indah, oleh kerana pihak syarikat Sime Darby hendak melakukan pengusiran secara paksa terhadap mereka dari kawasan ladang Sime … Teruskan membaca “Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor
Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak
Sebuah syarikat pembalakan cuba menyogok komuniti Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak, tetapi menemui kegagalan apabila Orang Asli di situ enggan menerima wang sogokan. Pada Ogos 2019, seorang penyelia syarikat pembalakan yang bernama Afiq bersama taukenya mengunjung rumah seorang Orang Asli yang bernama Najib bin Alang di Kampung Ketled Pos Piah. Najib bin … Teruskan membaca Syarikat pembalakan cuba sogok Orang Asli Pos Piah tapi ditolak