PSM menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan untuk mengawal kenaikan harga makanan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sekuriti Makanan melalui Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Ipoh.
PSM menyerahkan satu memorandum yang mengandungi cadangan-cadangan untuk mengawal kenaikan harga makanan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sekuriti Makanan melalui Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Ipoh.
Reformasi ialah pengubahsuaian atau pembaharuan ke atas sistem yang sedia ada. Revolusi ialah perubahan secara total yang mengubah dan menggantikan satu sistem dengan satu lagi sistem yang berbeza pada dasarnya. Reformisme dalam gerakan perjuangan sosialis ialah fahaman yang menganggap bahawa perubahan sosial boleh dilakukan secara beransur-ansur dengan melalui penambahbaikan atau pembaharuan dalam struktur masyarakat kapitalis … Continue reading Reformasi dan revolusi
Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 18 hari, rakyat Ecuador berjaya memaksa kerajaan Ecuador untuk bersetuju dengan tuntutan mereka dalam menangani inflasi dan mengurangkan beban hidup masyarakat.
“Pencurian upah” ialah istilah yang digunakan apabila pihak majikan tidak membayar gaji yang sepatutnya kepada pekerja tanpa sebarang alasan yang kukuh. Kerajaan harus memastikan bahawa pekerja-pekerja kontrak yang bekerja di premis-premisnya tidak dimangsakan lagi.
Seorang pengawal keselamatan di hospital cuba membunuh diri kerana tekanan yang diberikan oleh majikan selepas dia membuat aduan mengenai tindakan majikan yang menjejaskan hak pekerja. Walaupun nyawa pekerja ini dapat diselamatkan, tetapi pihak majikan yang menekannya habis-habisan sehingga memaksa dia bunuh diri itu, bukan sahaja langsung tidak mempedulikan peristiwa tragik yang hampir meragut nyawa pekerjanya, sebaliknya terus membuang kerja pekerja itu.
Ratusan ribu rakyat Ecuador bermobilisasi di seluruh negara itu untuk mengambil bahagian dalam aksi protes besar-besaran yang melawan dasar neoliberal.
Pekerja-pekerja kereta api di UK mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji dan membantah pengurangan tenaga kerja oleh syarikat kereta api yang mengutamakan keuntungan.
Selepas 14 tahun menanti, Subramaniam, seorang pengawal keselamatan biasa, akhirnya berjaya mengheret negara yang paling berkuasa di dunia ke mahkamah dan menang dalam pusingan ini.
Macron dilemahkan selepas kehilangan majoriti dalam Parlimen, sementara gabungan kiri radikal NUPES muncul sebagai pembangkang utama di Perancis, tetapi parti pelampau kanan turut mencatatkan kemenangan kerusi yang amat membimbangkan.
Kemenangan Gustavo Petro dan Francia Márquez untuk menubuhkan kerajaan progresif yang pertama di Colombia, ialah hasil daripada usaha organisasi dan mobilisasi rakyat dari bawah yang berterusan untuk memperjuangkan keamanan, demokrasi dan keadilan sosial.