oleh Dr. Nasir Hashim

**********

Pada Hari Pekerja
yang bertuah ini
Ceritakanlah
perihal kuasa
rakyat mengatur
perjuangan
Beritakan lagi
keazaman
setempat
Berganding bahu
dengan semangat
mampat
Sebarkan detik-detik
ketirisan kasih
sayang dan
ketandusan
keadilan
Keparat
menyembah
keuntungan dan
keangkuhan

Jangan kau pula
kecewa dan
berpatah arah
Kerana itu bukan
budaya kita
Kerana
perjuangan ini
bukan mudah
bukan enteng
bukanlah
suatu pesta
Tetapi suatu kewajipan hidup
yang harus
ditempuhi

Sebenarnya
Memang tidak
ada pilihan lain
Selain
memusnahkan
rantai-rantai
penindasan dan
kezaliman
Kerana dunia
baharu setia
menunggu
Bersulamkan
ideologi sakti dan
kuasa abadi

SALAM PERJUANGAN
KOMRAD-KOMRAD KU

==========

Dr. Nasir Hashim ialah mantan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *