DEKLARASI 1 MEI 2023
GAJI BERMARUAH, JAMINAN MAKANAN
Pasca COVID-19, walaupun ekonomi negara sedang pulih, namun tidak dapat dinafikan bahawa kos sara hidup keluarga di Malaysia semakin tinggi. Pendapatan rumahtangga kini tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ini. Rakyat B40, terutamanya golongan pekerja, peniaga kecil, pelajar dan penganggur telah terjejas teruk akibat kos sara hidup yang sangat tinggi. Isi rumah merasai tekanan kenaikan kos sara hidup apabila harga meningkat dengan tahap pendapatan yang tidak berubah.
Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, inflasi pada bulan Februari 2023 adalah pada kadar 3.7%. Peningkatan ini didorong oleh kenaikan harga makanan dan minuman bukan alkohol (7%). Mengikut Laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, RM75.54 bilion import makanan dicatatkan pada tahun lalu berbanding RM63.59 bilion pada tahun 2021 dan RM55.4 bilion pada tahun 2020. Ini menunjukkan bahawa barangan makanan semakin banyak diimport dari luar negara tetapi pada masa yang sama di Malaysia, pekebun kecil, penternak dan petani diancam dengan pengusiran.
Oleh itu, sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2023, kami mengetengahkan tuntutan-tuntutan berikut:
A. HAK PEKERJA
1. Laksanakan Gaji Minimum RM1,500 yang telah bermula sejak 1 Mei 2022 tanpa sebarang penangguhan atau pemberian pengecualian kepada mana-mana syarikat.
2. Laksanakan Skim Jaminan Pendapatan Asas sebanyak RM1,000 sebulan bagi
pekerja di sektor tidak formal, pekerja persendirian berskala kecil dan peniaga bersifat mikro yang kehilangan punca pendapatan pada waktu ini.
3. Jaminan Kerja untuk semua. Hapuskan sistem kontrak untuk kerja-kerja tetap, serapkan kembali pekerja kontrak di premis kerajaan.
4. Mewujudkan Akta Pekerja Gig demi menjamin kelestarian, kemampanan dan kebajikan mereka sebagai Penggiat Industri Gig dengan penetapan kadar upah yang adil, perlindungan keselamatan sosial yang setara atau yang lebih baik, seperti I-Saraan KWSP, SKSPS PERKESO dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dengan caruman diwajibkan untuk penggiat, syarikat dan kerajaan melalui kebersamaan tanggungan caruman.
5. Luaskan skop liputan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) di mana syarat-syarat seperti pekerja dalam kerja kontrak dikecualikan daripada faedah, pekerja yang memfailkan kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) atau Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dinafikan faedah dan lain-lain harus dihapuskan.
6. Laksanakan satu skim Pencen untuk warga emas untuk memastikan rakyat Malaysia yang sudah bersara dan berusia dapat hidup secara bermaruah. Pengeluaran KWSP bukan satu penyelesaian.
7. Laksanakan Skim Pencen Ilat untuk semua pekerja pertanian, petani, penjaja dan peniaga kecil di sektor tidak formal.
8. Luaskan liputan PERKESO untuk 24 jam/7 hari seminggu dan tidak terhad hanya pada waktu kerja sahaja.
9. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pembentukan kesatuan sekerja harus diutamakan untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.
10. Hak Orang Kurang Upaya (OKU) – Jamin hak bekerja OKU. Laksanakan skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU.
B. KESIHATAN
Hak kesihatan kepada semua – Kerajaan harus meningkatkan dan memperkasakan hospital kerajaan dengan diberikan lebih sumbangan wang supaya dapat kekal memberikan perkhidmatan yang terbaik dan percuma kepada rakyat. Kerajaan juga harus membuat kajian untuk memiliknegarakan hospital kesihatan swasta untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik dan memadai.
C. PERUMAHAN
1. Kerajaan harus hentikan sebarang pengusiran paksa dan memastikan ada perumahan alternatif sebelum ada pengusiran. Kerajaan harus laksanakan polisi perumahan mampu milik atau penyewaan dengan harga yang adil dan munasabah.
2. Perumahan selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhaen termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.
D. PEKERJA MIGRAN DAN PELARIAN
1. Hak pekerja migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.
2. Hentikan tangkapan migran dan pelarian – Kerajaan harus hentikan sebarang tangkapan atau penghantaran balik secara paksaan pekerja migran dan pelarian, dan memberikan jaminan kepada mereka supaya mereka tidak mengelak diri daripada mendapat rawatan kesihatan demi menjaga kepentingan kesihatan untuk semua.
3. Iktiraf hak kerja bagi pelarian dan peminta suaka – Kerajaan harus memberi hak kerja kepada pelarian di negara kita.
4. Laksanakan satu Dasar Komprehensif Nasional tentang Migrasi Buruh.
E. JAMINAN MAKANAN DAN KAWALAN HARGA BARANG
1. Kawal harga barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan keperluan harian dan kembalikan semula pemberian subsidi kepada rakyat secara berkesan.
2. Hak bertani dan jaminan makanan – Hentikan pengusiran petani dan penternak dari tanah mereka. Iktiraf dan berikan geran tanah kepada golongan petani dan penternak yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk kegunaan tempatan demi menjamin keupayaan pengeluaran makanan tempatan.
F. HAK ASASI MANUSIA
1. Kebebasan media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dibatalkan.
2. Hak pelajar – Mansuhkan AUKU, Akta 174, PTPTN, PTPKN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa. Berikan Pendidikan percuma kepada semua pelajar, kanak-kanak migran dan pelarian.
3. Mansuhkan Akta POCA, POTA, SOSMA dan Akta Hasutan 1948 serta segala undang-undang yang menindas rakyat dan menyekat kebebasan rakyat. Akta-akta baharu yang digubal harus adanya konsultasi yang bermakna dengan pihak NGO hak asasi manusia dan tidak harus melanggar hak asasi manusia.
4. Hak pekerja wanita – Hentikan diskriminasi berasaskan gender dan orientasi seksual di tempat kerja. Mansuhkan undang-undang, dasar dan tindakan yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian. Gubal Akta Kesamarataan Gender (Gender Equality Act).
5. Hak kanak-kanak – Lindungi dan tunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak Sedunia (CRC).
G. PENSWASTAAN
Hentikan penswastaan perkhidmatan asas – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan asas yang harus disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya.
H. ORANG ASLI/ASAL
Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal/Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal/Asli.
I. ALAM SEKITAR
1. Isytihar darurat iklim dan segerakan pembentukan Pelan Adaptasi Nasional. Peruntukan untuk tingkatkan kemudahan dan kapasiti dalam kalangan masyarakat, terutama untuk komuniti terpinggir, agar bersedia menghadapi ancaman kesan krisis iklim seperti kenaikan paras laut, banjir, kemarau, gelombang haba dan lain-lain lagi.
2. Hentikan projek-projek yang memudaratkan alam sekitar serta kesihatan rakyat Malaysia seperti perlombongan bauksit, perlombongan nadir bumi, pembinaan insinerator, loji tenaga nuklear dan lain-lain. Hentikan penambakan laut, penebangan hutan, projek-projek di kawasan sensitif alam sekitar dan pembangunan di lereng bukit.
3. Hentikan pengimportan sisa yang akhirnya dibuang atau dibakar secara terbuka, dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar serta menjejaskan kesihatan awam. Utamakan kawalan dan pencegahan pencemaran.
4. Hentikan pembakaran tanah perladangan, dan pembalakan.
5. Tingkatkan usaha pemuliharaan dan perlindungan hutan, paya bakau, pengurusan sungai, pencegahan dan penebatan banjir, dan pastikan bekalan air yang bersih dan mencukupi.
6. Gunakan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui, yang bersih dan murah.
7. Pindaan atau penggubalan akta baharu dan penguatkuasaan tegas dan mantap supaya undang-undang Malaysia dapat mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya untuk menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia
Kumpulan-Kumpulan/Organisasi yang mengendors Deklarasi 1 Mei 2023 ialah:
- Academy of Tamil Studies
- Agora society
- Aliran
- All Women’s Action Society (Awam)
- Alternatives to Violence Project (AVP) Malaysia
- Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN)
- Artivism Allies
- Beyond Borders
- Centre for Independent Journalism, Malaysia (CIJ)
- Centre of Education. Research and Development (CEDAR)
- Child Development Initiative
- Consumers’ Association of Penang
- Gabungan Darurat Iklim (GDI)
- Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM)
- Gabungan Flats Kos Rendah (GFKR)
- Gabungan Pemandu Lori ( GPL)
- Gabungan Peneroka Bandar & Perumahan (GPBP)
- Gabungan Penternak
- Gabungan Petani & Penternak Perak ( Gapeta)
- Greenpeace Malaysia
- Group of Concerned Citizens
- GSKL
- Imagined Malaysia and Jentayu (Formerly Malaysia Muda)
- Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)
- Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan – JKOAK
- Jaringan Orang Asli-Marhaen
- Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
- Jaringan Pekerja Tidak Formal (JPTF)
- Jaringan Perumahan Pulau Pinang
- Jawatakuasa Bertindak Peneroka Gatco
- Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Breamar Kajang (LBK)
- Jawatankuasa Bertindak Ladang Bukit Jalil
- Jawatankuasa Bertindak Ladang Sungai Belata
- Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Pos Lanai Kuala Lipis Pahang
- Jawatankuasa Kuasa Peniaga Uniten
- Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
- JEJAKA
- Johor Tamizhar Sangam
- Justice For Sisters
- Kemban kolektif
- Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan & Jabatan-Jabatan Kerajaan Sem. Malaysia (NUWHSAS)
- Kesatuan Sekerja Pengawal Keselamatan Seluruh Malaysia (KESPA)
- Klang Consumer Association
- KRYSS Network
- Legal Dignity
- Life Under Umbrella
- Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
- Malaysia Tamil Neri Kalagam
- Malaysian Dravidian Association
- Malaysians Against Death Penalty and Torture supports (MADPET)
- Marhaen
- National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers
- Our Journey
- Parti Hijau Malaysia
- Parti Muda
- Parti Sosialis Malaysia (PSM)
- People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
- Persahabatan Semparuthi
- Persahabatan Semparuthi Johor
- Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
- PERSATUAN PEGAWAI KESELAMATAN AGENSI PERSENDIRIAN MALAYSIA (PRISS Malaysia)
- Persatuan Pembaca Tamil Klang
- Persatuan RAPAT Aman Malaysia (RAPAT)
- Persatuan Sahabat Wanita Selangor
- Pertubuhan Jaringan Ekologi Dan Iklim (JEDI)
- Pertubuhan Kebajikan Sri Dhasarathar Sanmarka Sangam, Dengkil, Selangor
- Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
- Plantation Resource Centre (PRC)
- PLUHO
- Projek Dialog
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Selangor-Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (SCAH)-Youth Wing
- Seremban Tamilar Sangam
- Siragugal
- Sisters In Islam (SIS)
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Tanah Perkuburan Tamil ( Hindu/ Kristian) Paling Jaya, Semenyih
- Tenaganita
- Thiruvalluvar Nanneri Mayam Cameron Highlands
- Treat Every Environment Special Sdn Bhd
- Union Network International – Malaysian Liaison Council (UNI-MLC)
- Alliance of River Three
- KAMY- Klima Action Malaysia
- Pemuda Sosialis
- Koogai Publication
- Persatuan Kebajikan Tamilar Naam Sungai Siput
One thought on “Deklarasi 1 Mei 2023: Gaji bermaruah, jaminan makanan”