Kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya mulai 1 Jan 2023 jika majikan-majikan tidak mematuhi atau mengubah polisi syarikat selaras dengan pindaan terbaru Akta Kerja.
Kerajaan harus mengambil tindakan sewajarnya mulai 1 Jan 2023 jika majikan-majikan tidak mematuhi atau mengubah polisi syarikat selaras dengan pindaan terbaru Akta Kerja.
Pada penghujung tahun 2022 dan ambang tahun baharu 2023 ini, marilah kita imbas kembali sepintas lalu sebahagian daripada perjuangan rakyat marhaen di Malaysia dan juga aktiviti yang penting untuk PSM sepanjang satu tahun yang lalu ini.
5 orang aktivis telah dipanggil oleh polis untuk disoal siasat kerana terlibat dalam aksi penyerahan memorandum kepada Ahli-ahli Parlimen baru-baru ini berkenaan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Imbas kembali beberapa peristiwa pergolakan masyarakat dan perjuangan rakyat yang penting di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2022.
Imbas kembali sepintas lalu sebahagian pergolakan politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di dalam negara Malaysia sepanjang tahun 2022.
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyampaikan kerisauan rakyat tentang penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) kepada perhatian Kabinet dan mengkaji semula keputusan ratifikasi CPTPP yang boleh menjejaskan keterjaminan makanan di negara kita.
Pengurusan inflasi, kawalan harga, kedaulatan makanan dan misi pembasmian kemiskinan harus diselaraskan ke arah program bersama untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Kerajaan harus menyediakan satu tabung untuk memberi subsidi upah kepada setiap pekerja dalam kategori perniagaan mikro untuk enam bulan yang akan datang.
Kerajaan Perpaduan sepatutnya mensubsidi peniaga-peniaga kecil dalam pembayaran gaji minimum, bukannya menangguhkan lagi pembayaran itu untuk 6 bulan lagi.
Inflasi juga menjejaskan kuasa beli golongan pekerja yang menerima gaji minimum. Menurut anggaran Laporan Gaji Global 2022-2023, walaupun pelarasan nominal telah dibuat, tetapi inflasi harga barangan yang hebat sedang menghakis nilai sebenar gaji minimum dengan cepatnya di banyak negara.