PSM mengemukakan cadangan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai usaha memperkasakan perlindungan sosial bagi golongan warga emas.
PSM mengemukakan cadangan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai usaha memperkasakan perlindungan sosial bagi golongan warga emas.
Bekas pekerja Ladang Kamiri dan Ladang Changkat Salak menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menangguhkan lagi proses pemberian hak milik tanah yang diluluskannya kepada bekas pekerja dari dua buah ladang tersebut sejak tahun 2012.
Atas ketegasan dan kegigihan 4 orang pengawal keselamatan hospital yang berani lagi tegas dalam memperjuangkan hak mereka, akhirnya mereka berjaya dipulihkan kerja mereka selepas lebih 9 bulan diberhentikan kerja secara tidak adil.
4 orang pengawal keselamatan di Hospital Ipoh yang dibuang kerja hanya kerana mereka menuntut bayaran gaji yang sepatutnya menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengarahkan kontraktor lantikannya untuk memulihkan kerja mereka.
Adalah penting untuk negara Malaysia melaksanakan pendekatan “gaji sosial” di mana sebahagian daripada keperluan asas disubsidi oleh kerajaan (kesihatan, perumahan, pendidikan, pengangkutan awam) dan satu sistem jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh (termasuk pencen warga emas) diwujudkan demi kesejahteraan rakyat biasa di negara kita.
PSM mengemukakan cadangan mengenai pendekatan baharu dalam pelaksanaan cukai penggunaan untuk menambahkan hasil pendapatan kerajaan.
4 orang pekerja kawalan keselamatan menang tuntutan mereka di Mahkamah Buruh Ipoh untuk gaji yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum dengan betul dan perbezaan dalam kiraan bayaran kerja lebih masa (OT).
Bekas pekerja Ladang Glenmarie menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya memulakan proses perbincangan mengenai pemberian hak milik kekal bagi rumah yang dihuni mereka dan mengelakkan daripada perpindahan sekali lagi.
Kerajaan Negeri Selangor harus nyatakan pendirian mereka dalam isu projek pembinaan PJD Link.
Penduduk-penduduk dari kawasan perkampungan di Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor, mengadakan aksi protes di hadapan ibu pejabat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), syarikat induk kepada kepada pemaju Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE), untuk mengetengahkan masalah banjir yang sering berlaku sejak bermulanya pembinaan lebuh raya EKVE pada tahun 2017.