Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Sungai Yangtze atau Sungai Panjang di China, sungai terpanjang di benua Asia, mengalir melalui satu tempat yang sebegini di wilayah Hubei yang terletak di bahagian tengah Tanah Besar China: Di tebing barat laut Sungai Yangtze, terdapat sebuah tempat bernama Hanyang, yang pernah menjadi pusat perindustrian yang penting di China, di mana kilang senjata Hanyang yang … Continue reading Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

oleh Arveent Karthirtchelvan Menteri Sumber Manusia M. Saravanan baru-baru ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu mengubah corak pemikiran mereka dan menerima apa-apa pekerjaan yang ada untuk mengatasi masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat. Pemuda PSM menyangkal kenyataan yang tidak bertanggungjawab, berfikiran sempit serta berdasarkan idea kuno ini. Terdapat beberapa sebab Pemuda PSM mempertikaikan kenyataan ini. … Continue reading Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia

18 Mei 2020 menandakan ulangtahun ke-40 peristiwa Kebangkitan Gwangju di Korea Selatan. 40 tahun dahulu, pada 18 hingga 27 Mei 1980, rakyat di bandar Gwangju dan wilayah Jeolla Selatan yang terletak di barat daya Semenanjung Korea, bangkit secara spontan untuk menuntut demokrasi, tetapi usaha murni tersebut dipatahkan secara kejam oleh pemerintah kediktatoran tentera pada masa … Continue reading Kebangkitan Rakyat Gwangju: Obor perjuangan demokrasi di Asia

Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?

Negeri Kerala yang terletak di bahagian barat daya India, merupakan negeri pertama di India yang melaporkan kes COVID-19 di mana kes pertamanya dikesan pada 30 Januari 2020, tetapi selepas tiga bulan setengah berlalu, setakat 15 Mei 2020, Kerala yang berjumlah penduduk lebih 34 juta orang hanya mencatatkan 560 kes jangkitan COVID-19, dan 4 kematian, iaitu … Continue reading Kenapa Kerala tangani wabak COVID-19 lebih baik berbanding California?

Turki: Seorang lagi pemuzik Grup Yorum meninggal dunia, dua hari selepas henti mogok lapar 323 hari untuk tuntut hak menyanyi

Ibrahim Gökçek, seorang anggota kumpulan muzik rakyat berhaluan kiri yang bernama Grup Yorum, telah meninggal dunia pada 7 Mei 2020, dua hari selepas beliau menamatkan aksi mogok laparnya yang berlarutan selama 323 hari. Ibrahim Gökçek yang berumur 39 tahun, mengadakan mogok lapar sejak bulan Jun 2019, untuk membantah penindasan Kerajaan Turki terhadap kumpulan muzik Grup … Continue reading Turki: Seorang lagi pemuzik Grup Yorum meninggal dunia, dua hari selepas henti mogok lapar 323 hari untuk tuntut hak menyanyi

Strategi Nasional untuk jamin kesejahteraan rakyat pasca COVID-19

[Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan cadangan Strategi Nasional untuk Menjamin Kesejahteraan Rakyat Pasca COVID-19, dalam satu sidang akhbar atas talian yang diadakan pada 7 Mei 2020.] Malaysia menghadapi cabaran terbesarnya selepas zaman kemelesetan ekonomi tahun 1996-1997, dengan berlakunya pandemik COVID-19. Pandemik global ini, yang membawa kepada langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan semua … Continue reading Strategi Nasional untuk jamin kesejahteraan rakyat pasca COVID-19

PATI – Sasaran kebencian yang tersasar  

oleh S. Arutchelvan PATI (Pendatang Tanpa Izin), dalam erti kata yang lain juga dikenali sebagai Pendatang Haram. Bahasa yang lebih lembut ialah “Pekerja Tanpa Dokumen”. Seminggu dua ini, media massa penuh dengan rasa kebencian terhadap pekerja migran dan pelarian. Beberapa insiden menyemarakkan dan mencetuskan kebencian ini. Salah satunya adalah bot yang membawa masyarakat pelarian Rohingya … Continue reading PATI – Sasaran kebencian yang tersasar  

Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?

oleh Nik Aziz Afiq Ramadhan adalah bulan yang begitu mengujakan bagi umat Islam. Selama sebulan umat Islam akan menahan lapar dan dahaga pada waktu siangnya dan memperbanyak solat serta ibadah lain pada waktu malamnya. Bulan ini dijanjikan keampunan, dijanjikan ganjaran yang pelbagai malah diberitakan ketika Ramadhan, syaitan akan diikat daripada kerja-kerja menghasut umat supaya melakukan … Continue reading Mengapa puak rasis tak kena tambat bulan Ramadhan ini?

Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan pada 4 Mei 2020, dengan semakin ramai pekerja kembali ke tempat kerja, kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak majikan yang memulakan semula operasi perusahaan mereka. Majikan harus bertanggungjawab dalam melindungi semua pekerja, termasuklah pekerja migran. Antara tindakan yang perlu diambil … Continue reading Langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu diambil oleh syarikat yang kembali beroperasi

Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19

Pada 1 Mei 2020 yang lalu, iaitu ketika dunia menyambut Hari Pekerja Antarabangsa di bawah bayangan ancaman pandemik COVID-19, berlakunya penangkapan besar-besaran terhadap pekerja-pekerja migran tanpa dokumen di Kuala Lumpur. Penangkapan besar-besaran ini berlaku di kawasan Masjid India yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD). Dilaporkan seramai 586 orang, termasuk kanak-kanak bawah umur, telah … Continue reading Penangkapan besar-besaran terhadap migran boleh jejas usaha lawan COVID-19