“Kami akan jatuhkan sesiapa ikut kehendak kami!” – Elon Musk dan Bolivia

Pada 24 Julai 2020, Elon Musk, CEO kepada syarikat kereta elektrik terbesar Tesla, Inc. dan orang yang kesembilan terkaya di dunia pada masa kini, menulis dalam satu hantaran twitternya mengkritik bahawa satu lagi pakej rangsangan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) bukan demi kepentingan rakyat. (“Another government stimulus package is not the best interest of the … Continue reading “Kami akan jatuhkan sesiapa ikut kehendak kami!” – Elon Musk dan Bolivia

Antara dua darjat: Kisah dua orang yang tidak mengaku salah

oleh S. Arutchelvan Ini adalah catatan tentang dua peristiwa yang berlaku di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada bulan ini. Satu melibatkan seorang bekas Perdana Menteri dan satu lagi melibatkan satu pasangan – seorang pemandu lori gas dan seorang wanita yang hilang kerja semasa pandemik COVID-19. Salah satu insiden berlaku pada 7 Julai 2020, manakala … Continue reading Antara dua darjat: Kisah dua orang yang tidak mengaku salah

Tidak patut “double standard” dalam soal hak berhimpun

oleh A. Sivarajan Pagi ini kita dikejutkan dengan perhimpunan lebih 3000 orang penyokong bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Persoalannya adalah, adakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan perhimpunan tersebut di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, lebih-lebih lagi apabila kita masih dalam Perintah Kawalan … Continue reading Tidak patut “double standard” dalam soal hak berhimpun

Kesatuan pekerja pembersihan hospital kerajaan kemukakan tuntutan kepada Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) telah mengadakan satu perjumpaan dengan Kementerian Kesihatan pada 27 Julai 2020 untuk mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital kerajaan kepada perhatian Kerajaan Persekutuan. Wakil daripada KPSPSHKSM telah berjumpa dengan Muhammad Syukri Bin Ibrahim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kesihatan. Beliau memberitahu kepada … Continue reading Kesatuan pekerja pembersihan hospital kerajaan kemukakan tuntutan kepada Kementerian Kesihatan

Bulgaria: Gelombang protes desak pengunduran kerajaan Borisov

Protes rakyat besar-besaran berterusan di negara Bulgaria, walaupun tiga orang daripada anggota kabinet pimpinan Perdana Menteri Boyko Borisov meletak jawatan pada 23 Julai 2020. Gelombang terbaru protes rakyat Bulgaria tercetus sejak 9 Julai 2020, apabila rakyat berdemonstrasi di jalanan dengan tuntutan menggesa perletakan jawatan seluruh kabinet pimpinan Perdana Menteri Boyko Borisov dan Ketua Pendakwaraya Ivan … Continue reading Bulgaria: Gelombang protes desak pengunduran kerajaan Borisov

Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

oleh Raveen Veerasenan Pada 14 Julai 2020, kami sekumpulan melawati beberapa keluarga pelarian Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di Daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada mereka yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 11.15 pagi dan ditemui oleh Encik Suliman, seorang warga … Continue reading Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas, mencadangkan semasa berdebat dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini untuk meminda undang-undang pilihanraya supaya pemilihan wakil rakyat dibuat berdasarkan parti bukannya calon, bagi menangani masalah lompat parti dan membanteras rasuah. Cadangan ini telah menarik perhatian pelbagai pihak berkisar pada isu lompat parti dan sistem pilihanraya baru. Cadangan … Continue reading Biar rakyat tentukan nasib wakil rakyat

Mengapa saya bantu keluarga mangsa kes penipuan ini?

oleh S. Arutchelvan Bukan selalu Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan sidang akhbar mengenai isu individu kerana PSM biasanya kendali isu kumpulan atau masyarakat. Mengapa saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar mengenai isu ini? Saya amat terkesan apabila melihat wajah dua orang kanak-kanak perempuan – seorang berumur 12 tahun dan seorang lagi berumur 16 tahun. Ibu dan bapa angkat mereka yang menjadi mangsa penipuan amat … Continue reading Mengapa saya bantu keluarga mangsa kes penipuan ini?

Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula

Arumugam dan Vally, satu pasangan bertunang yang mengalami masalah kewangan, telah terjebak dalam perangkap penipuan dan menjadi mangsa, tetapi yang lebih perit lagi adalah, mereka sedang berdepan dengan pertuduhan di beberapa mahkamah di tempat yang berlainan. Musibah yang menimpa Arumugam sekeluarga ini menyebabkan mereka pernah cuba membunuh diri bersama. Masalah yang melanda Arumugam dan Vally … Continue reading Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula