Gaji pekerja kecil akibat kerakusan kapitalis, bukan produktiviti rendah

oleh Arveent Karthirtchelvan Pemuda Parti Sosialis Malaysia menyambut baik hasrat Kerajaan Malaysia untuk memberi tumpuan kepada pengurangan jurang antara negeri kaya dan miskin, jurang pendapatan rakyat di bandar dan luar bandar serta jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030. Pelan pelaksanaan projek serta program di luar bandar dan negeri … Continue reading Gaji pekerja kecil akibat kerakusan kapitalis, bukan produktiviti rendah

Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

PUTRAJAYA: Penternak-penternak yang menjalankan aktiviti penternakan di ladang-ladang Sime Darby, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 September 2019, untuk menyuarakan bantahan terhadap “Notis Larangan Ternakan” yang dikeluarkan oleh Sime Darby. Para penternak menyeru pada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mencampurtangan dalam isu ini … Continue reading Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia

Pendedahan dalam satu laporan baru-baru ini yang menyatakan ramai pekerja Bangladesh mati di negara kita – 2 kematian setiap hari, 96 orang mati dalam bulan Januari 2019 sahaja, dan jumlah kematian yang berlipat ganda sejak tahun 2012 – adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima langsung sebagai sesuatu yang sepatutnya berlaku. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru … Continue reading Hentikan tragedi kematian pekerja migran di Malaysia

Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Baru-baru ini, kenyataan daripada penjawat awam berpangkat tertinggi, Datuk Seri Borhan Dolah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar, Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa Kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius tentang cadangan untuk menghentikan skim pencen bagi penjawat awam. Tun Dr. Mahatir melibatkan dirinya dalam kontroversi … Continue reading Hentikan skim pencen penjawat awam? Adakah Kerajaan Pakatan Harapan kehilangan akal?

Petani Tanah Hitam memohon tanah untuk teruskan pertanian

IPOH, PERAK - 11 SEPTEMBER 2019: 14 orang petani dari Tanah Hitam, Perak, mengemukakan permohonan tanah pada hari ini di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. Petani-petani kecil yang mengusahakan pertanian di kawasan Ulu Chemor ini sedang berada di ambang pengusiran paksa, berikutan tanah yang diusahakan mereka dirampas dan diperuntukkan sebagai hadiah kepada pemain Pasukan Bola … Continue reading Petani Tanah Hitam memohon tanah untuk teruskan pertanian

“Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor

KAPAR, SELANGOR – 7 SEPTEMBER 2019: Penternak-penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang Sime Darby sekitar Kuala Selangor, telah membuat aduan polis ke atas syarikat Sime Darby, pada hari ini di Balai Polis Sungai Kapar Indah, oleh kerana pihak syarikat Sime Darby hendak melakukan pengusiran secara paksa terhadap mereka dari kawasan ladang Sime … Continue reading “Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor

Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Hari ini, kita membaca di media-media utama tentang kenyataan Menteri Sumber Manusia, S. Kulasegaran bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan had sia persaraan wajib dari 60 tahun kepda 65 tahun. Ianya dikatakan ini adalah cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) atas sebab melihat kepada keadaan sekarang yang … Continue reading Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM

  Oleh sebab pihak polis enggan membantu masyarakat Orang Asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak, untuk memulangkan wang "sumbangan" daripada syarikat pembalakan yang bersifat sogokan, maka Jaringan Komuniti Orang Asli Pos Piah menyerahkan wang tersebut kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)! Susulan daripada aduan polis yang dibuat pada 20 Ogos 2019 di Ibupejabat Polis Ipoh, … Continue reading Komuniti Orang Asli Pos Piah serahkan wang “sumbangan” dari pembalak kepada SPRM

Program sarapan percuma boleh ditambahbaikkan lagi

oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik dan positif terhadap cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melancarkan program sarapan percuma khas bagi murid-murid di sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 2020. Menurut KPM, melalui program ini nanti, murid-murid akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma. PSM merasakan … Continue reading Program sarapan percuma boleh ditambahbaikkan lagi

Isu pelajar AATC selesai: Pemecatan pemimpin kesatuan pelajar dibatalkan, pelajar akan dapat pinjaman PTPK

PUTRAJAYA – 28 OGOS 2019: Setelah berlaku penangkapan polis terhadap pelajar-pelajar pusat latihan penerbangan Allied Aeronautics Training Centre (AATC) pada dua hari yang lalu, isu yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar AATC telah mendapat penyelesaian dalam satu pertemuan yang diadakan di pejabat Kementerian Sumber Manusia pada hari ini. Mesyuarat rundingan antara pelajar-pelajar AATC dengan pihak pengurusan AATC … Continue reading Isu pelajar AATC selesai: Pemecatan pemimpin kesatuan pelajar dibatalkan, pelajar akan dapat pinjaman PTPK