20190828kesehatan-mulut-dan-gigi.jpg

oleh S. Arutchelvan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyambut baik dan positif terhadap cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melancarkan program sarapan percuma khas bagi murid-murid di sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 2020. Menurut KPM, melalui program ini nanti, murid-murid akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

PSM merasakan ini adalah satu tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang cukup baik. Selain daripada memberikan makanan percuma, KPM juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memberikan nilai tambahan kepada program ini di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Antara syor kami adalah:

  1. Kanak-kanak harus dididik mengenai kepentingan makanan dan budaya tidak membazir makanan. Pengetahuan seperti masalah kebuluran dan jaminan makanan boleh menjadi ajaran sampingan.
  2. Menjamu makanan pelbagai bangsa di Malaysia untuk mempromosi makanan daripada kumpulan etnik berlainan, supaya menjalin rasa perpaduan melalui amalan makanan ini dijadikan keutamaan semasa membuat pilihan makanan.
  3. Kanak-kanak juga harus diajar untuk membawa bekas makanan sendiri untuk menghindari penggunaan bahan yang mencemar alam seperti plastik sekali guna, dan mempromosi pendidikan menjaga alam sekitar.
  4. Kanak-kanak juga harus diajar tentang kelebihan memakan makanan berkhasiat dan mengetahui nilai makanan seimbang untuk kesihatan.

==========

S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s