Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Pekerja-pekerja ladang meminta untuk pelaksanaan skim perumahan tetapi dilayan pula dengan pengusiran paksa daripada pihak pengurusan ladang pada ketika negara kita masih dilanda ancaman pandemik COVID-19. Inilah kemelut yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Ladang Windsor. 6 orang pekerja Ladang Windsor yang sudah melebihi usia persaraan tetapi masih bekerja secara kontrak telah diberhentikan kerja oleh … Continue reading Pekerja Ladang Windsor diancam pengusiran

Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Keadaan pekerja migran tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan imigresen di Sabah yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan, telah didedahkan baru-baru ini dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat dan Komisi Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia dalam satu sidang akhbar pada 5 Ogos 2020. Komnas HAM, iaitu suruhanjaya hak asasi … Continue reading Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Bantah ratifikasi perjanjian perdagangan bebas CPTPP

Berikut ialah kenyataan bersama oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil di Malaysia yang  membantah ratifikasi "Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik" (CPTPP). Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah secara konsisten ingin mengingatkan Kerajaan Malaysia tentang implikasi serius kepada negara akibat daripada Perjanjian Komprehensif dan Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang buat masa ini hanya menangguhkan secara sementara 22 … Continue reading Bantah ratifikasi perjanjian perdagangan bebas CPTPP

Pelanjutan konsesi BERNAS memudaratkan pesawah dalam negara

oleh Sharan Raj Pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Sri Dr. Ronald Kiandee untuk melanjutkan konsesi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebagai pengimport beras tunggal selepas konsesi yang sedia ada berakhir bulan Januari 2021 akan memudaratkan pesawah dalam negara dan pengilang beras tempatan. Kadar untung daripada hasil jualan beras import dari Thailand dan Vietnam sangat … Continue reading Pelanjutan konsesi BERNAS memudaratkan pesawah dalam negara

Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

oleh Raveen Veerasenan Pada 14 Julai 2020, kami sekumpulan melawati beberapa keluarga pelarian Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di Daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada mereka yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 11.15 pagi dan ditemui oleh Encik Suliman, seorang warga … Continue reading Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

Mengapa saya bantu keluarga mangsa kes penipuan ini?

oleh S. Arutchelvan Bukan selalu Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan sidang akhbar mengenai isu individu kerana PSM biasanya kendali isu kumpulan atau masyarakat. Mengapa saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar mengenai isu ini? Saya amat terkesan apabila melihat wajah dua orang kanak-kanak perempuan – seorang berumur 12 tahun dan seorang lagi berumur 16 tahun. Ibu dan bapa angkat mereka yang menjadi mangsa penipuan amat … Continue reading Mengapa saya bantu keluarga mangsa kes penipuan ini?

Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula

Arumugam dan Vally, satu pasangan bertunang yang mengalami masalah kewangan, telah terjebak dalam perangkap penipuan dan menjadi mangsa, tetapi yang lebih perit lagi adalah, mereka sedang berdepan dengan pertuduhan di beberapa mahkamah di tempat yang berlainan. Musibah yang menimpa Arumugam sekeluarga ini menyebabkan mereka pernah cuba membunuh diri bersama. Masalah yang melanda Arumugam dan Vally … Continue reading Pasangan jadi mangsa kes penipuan pinjaman bank, tetapi kena dakwa di mahkamah pula

Benarkan tarif air pangsapuri perkhidmatan ditukar ke kadar rumah kediaman

oleh Sharan Raj  Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengalu-alukan pengumuman oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Menteri Alam Sekitar dan Air tentang pembekuan terhadap peningkatan tarif air. Namun demikian, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus membenarkan penduduk di “pangsapuri perkhidmatan” (service apartment) untuk berubah daripada kadar tarif komersial kepada kadar tarif kediaman. Kebanyakan pemaju membina pangsapuri di … Continue reading Benarkan tarif air pangsapuri perkhidmatan ditukar ke kadar rumah kediaman

Satu catatan pengalaman masyarakat pelarian Rohingya

PSM Perak telah diminta untuk membantu dalam mengedarkan bungkusan bantuan makanan kepada masyarakat pelarian di sekitar kawasan negeri Perak. PSM telah menawarkan 87 bungkusan kepada Rohingya Society in Malaysia (RSM) untuk diedarkan dalam kalangan masyarakat Rohingya di Perak. Selepas itu, wakil RSM di Perak, Encik R, telah menceritakan kepada PSM Perak mengenai isu-isu yang dihadapi oleh … Continue reading Satu catatan pengalaman masyarakat pelarian Rohingya